BAB 3

Romance Completed 14712

Pantas kak Nadiya dipeluk. Sungguh dia berasa amat rindu akan kak Nadiya.Dulu kak Nadiya merupakan kakak angkatnya. Dan kak Nadiyalah yang banyak membantunya.

"kamu apa khabar?"soal kak Nadiya.Syamimi hanya mengangguk lalu tersenyum.

Kemudian matanya teralih melihat Nasrul yang sedang duduk dikerusi roda itu.

"kenapa dengan dia?"soal Syamimi.

Kerusi roda Nasrul ditolak sehingga dihadapan Syamimi.Syamimi memandang Nasrul dengan pandangan sayu.

"dia kemalangan dan mengalami lumpuh." luah Nadiya.

Syamimi tersentak. Wajah Nasrul ditatap. Tak Mungkin! Nasrul telah banyak berubah dalam dua tahun ini. Dan dia mengalami kemalangan? Ya Allah.

"bila?" soal Syamimi tanpa melihat kak Nadiya.

" sebulan selepas kejadian itu."

Syamimi menekup mulut tanda yang dia tidak percaya atas semua yang berlaku ini. Dulu dia sering salahkan NASRUL atas apa yang telah terjadi. Tapi kini Nasrul lebih teruk daripada apa yang dia alami.

"saya okey. Awak jangan risau. Lagipun saya telah menjalani rawatan."ujar Nasrul sambil tersenyum ceria. Nasrul sudah tidak pedulikan apa yang telah terjadi kepada dirinya kini. Dia tahu ini takdir Tuhan dan cobaan yang harus dia terima. Yang membuat dia gembira adalah dia dapat berjumpa semula dengan gadis yang dia cintai.

Syamimi tidak mampu menahan lagi rasa sebaknya. Air matanya hanya tunggu untuk menitis sahaja.

"erk. masuklah dulu." jemput Syamimi lalu masuk ke dalam rumah.

"duduk dulu kak. Mimi pergi panggil mak."

Pantas Syamimi beredar masuk ke dalam bilik. Dia hamburkan tangisan sepuasnya. Dia rasa sedih dan menyesal apabila melihat keadaan Nasrul.Dia juga dapat lihat riak ceria Nasrul ketika bertembung mata dengannya. Bagaikan tiada masalah.

'Ya Allah...Aku berdosa pada dia. Tapi aku juga tak boleh buang perasaan benci aku sebelum ni. Ya Allah...'

Syamimi mengetap bibir lalu meraup mukanya berkali-kali. Rasa bersalahnya menggunung saat ini. Tak tahu apa yang patut dia lakukan.

Syamimi pantas menyeka air matanya. Sebelum dia keluar dia tarik nafas dalam-dalam. Harap-harap dia boleh bertahan daripada menitiskan air mata dihadapaan Nasrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience