BAB 5

Romance Completed 14712

Syamimi kini mampu ukir senyuman bahagia buat dirinya. Dia telah pun buat keputusan.

Setelah bersusah payah mencari jawapan melalui solat istikharah, Syamimi telah mendapat
jawapannya.

Dan kini dia sedang berhadapan dengan Nasrul dihalaman rumahnya. Dia yang mengambil keputusan untuk ke rumahnya. Sudah hampir 2 tahun dia tidak menjejak kaki ke sini. Tapi hari ini dia kembali menjejak kaki ke sini.

"Nas.." syamimi menatap wajah yang suci itu.Tenang hatinya apabila memandang wajahnya.

"Ya.." Nasrul menjadi berdebar akan jawapan yang bakal diterimanya nanti. Adakah Syamimi masih mahu menerimanya.

"dengan izin Allah dan atas solat istikharah yang saya lakukan, saya terima permintaan awak. Saya sudi kembali bersama dengan awak Nas." dengan satu nafas saja Syamimi meluahkannya.

Syamimi mengukir senyuman yang paling manis kepada Nasrul.Setelah dua tahun, akhirnya dia dapat mengukir senyuman yang paling manis. Mungkin akibat peristiwa itu, dia menjadi susah nak senyum. apatah lagi dihadapan lelaki.

Nasrul memandang Syamimi tanpa berkelip. Macam tak percaya saja apa yang dia dengar tadi. Macam dalam mimpi. Tapi itu yang dia harapkan selama ini. Sudah terlalu lama dia menunggu saat ini. Alhamdulilah...

"Nas, kita lupakanlah apa yang telah terjadi sebelum. Kita mulakan hidup baru dengan redha Allah. ya? Saya tak mahu lagi kalau kita ungkit kenangan silam tu. Dan saya nak awak tahu yang saya ikhlas terima awak. Bukan kerana keadaan awak tapi kerana saya kembali mula mencintai awak. Walaupun rasa itu telah terhakis sebelum ni, tapi ia datang kembali selepas saya asyik teringatkan awak." jelas Syamimi.

"Nas...awak jangan asyik salahkan diri awak atas apa yang berlaku sebelum ni.Semua yang berlaku sebelm ni ada hikmahnya. Ya saya tahu yang saya banyak salahkan awak sebelum ni dan banyak berdosa terhadap awak. Tapi saya mohon dan saya minta maaf."

Syamimi melangkah ke Nasrul dan melutut di hadapannya. Nasrul yang terkejut itu segera menggeleng.

"Mimi.janganlah macam ni. Saya telah pun maafkan awak dan awak sama sekali tak salah."

Nasrul cuba ingin menghalang Syamimi daripada melutut, Tapi semuanya sia-sia.

"Nas...Mimi minta ampun minta maaf. Mimi banyak buat salah. Mimi asyik tuduh Nas yang bukan-bukan. Mimi tahu Nas suami Mimi tapi Mimi abaikan. Maafkan Mimi."

Air mata Syamimi mengalir turun. Tangannya menggenggam erat tangan Nasrul.Dia sungguh menyesal memperlakukan Nasrul sebegitu sebelum ini. Sedangkan Nasrul telah sah menjadi suaminya.

"Mimi...bangun." arah Nasrul.

Dengan perlahan Syamimi bangun daripada melutut. Air matanya diseka tangan kasar Nasrul.

"Mimi...Nas tak pernah pun sekali salahkan Mimi.Nas tahu Mimi terseksa masa tu. Nasrul faham. Dan Nas telah maafkan Mimi.Mimi dah tak ada salah terhadap Nas.Tapi satu je Mimi masih bersalah terhadap Nas."

Syamimi mengerutkan dahi.

"apa?" Nasrul tersenyum.

"Mimi lupa nak panggil Nas dengan panggilan 'abang’. Kan kita dah kahwin." usik Nasrul.

Syamimi tersipu malu. Tangan Nasrul dicubitnya.

"orang tengah sedih, dia nak buat lawak pula." geram Syamimi.

Nasrul tergelak kecil. Suka tengok wajah malu Syamimi.Sudah lama dia merindui wajah itu.

"Mimi...Nas cintakan Mimi." ucap Nasrul romantik. Matanya redup memandang Syamimi.
Syamimi tersenyum.

"Mimi pun. InsyaAllah kasih kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat."

"Amin..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience