BAB 6

Romance Completed 14712

" Helo..."

"Aku nak jumpa kau Mimi."Syamimi mengerutkan dahi. Nombor yang tidak dikenali telah menelefonnya dan mengatakan dia ingin berjumpa. Tak ke pelik? Lagipun bukannya kenal.

"Awak ni siapa ya?" soal Syamimi inginkan maklumat lebih lanjut.

"Kau tak perlu tahu. Aku nak lagi 10 minit kau sudah berada direstoran Zubaidah.Aku tunggu kau di sana."

Belum sempat Syamimi ingin bertanya lebih lanjut, talian dimatikan.

'Siapa pula ni? Nak pergi ke tak?'

Tiba-tiba dia dipeluk daripada belakang.

"kenapa ni?" Syamimi tersenyum lalu meleraikan pelukan.

" tak ada apa-apa lah. Erk.abang... Mimi nak minta izin nak keluar sekejap. Boleh?" Pinta Syamimi sambil mengenggam tangan Nasrul.

Kini Nasrul boleh berjalan sedikit demi sedikit. Ini berkat usaha mereka berdua. Kalau Syamimi tidak memaksa Nasrul menjalani rawatan, mungkin sampai sekarang Nasrul masih belum boleh berjalan.

" pergi mana?" soal Nasrul pelik.

" ala...abang tak perlu tahu. Lagipun kejap je. Bolehlah." pujuk Syamimi dengan manja.

Selepas berkira-kira, akhinya Nasrul mengangguk tanda setuju...

"yeay...sayang abang. Mimi pergi siap dulu ye."

Nasrul hanya tersenyum akan keletah isterinya. Kehidupan dia kini makin ceria dengan adanya Syamimi disisinya. Tambahan pula isterinya itu sedang mengandungkan anaknya. Dia sangat bersyukur apa yang dia dapat kini.

****
Syamimi tercari-cari siapa yang ingin berjumpa dengannya. Tapi tidak dijumpai. Puas mencari, dia menelefon nombor yang tidak dikenali itu.

"Helo...awak di mana? Saya dah sampai."

" Kau cari orang yang sedang memegang telefon." Syamimi memerhati sekeliling.

Akhirnya jumpa juga. Dengan perlahan Syamimi melangkah ke arah seorang gadis yang boleh tahan cantik juga.

" Hai... awak nak jumpa saya buat apa?" soal Syamimi terus terang.

Tiba-tiba tangan Syamimi digenggam. Gadis itu turut mengalirkan air mata. Melihatkan gadis itu, Syamimi jadi pelik.

"kenapa ni?" soal Syamimi.

" Maafkan aku. Aku yang menyebabkan semua itu terjadi. Aku yang pasang perangkap itu. Aku yang menyebabkan korang berdua ditangkap khalwat. Maafkan aku. Dan aku juga yang menyebabkan Nasrul lumpuh. Maafkan aku."

Syamimi tercengang akan apa yang dia dengari sebentar tadi.

" Aku dengki kat kau masa tu sebab Nasrul tak mahukan aku. Jadi aku pasang perangkap."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience