BAB 4

Romance Completed 14712

NASRUL jadi berdebar-debar apabila teringatkan tujuannya datang ke sini. Dia takut kalau Syamimi masih tidak mahu menerimanya. Apatah lagi kini dia mengalami lumpuh. Adakah Syamimi mahu menerimanya semula. Semua itu hanya menjadi persoalan selagi tidak mendapat jawapan daripada mulut Syamimi.

"Assalamulaikum.." muncul Syamimi dengan senyuman.

"Waalaikumussalam.."balas Nadiya dan Nasrul serentak.

"korang berdua berbuallah. Nadiya jom kita ke dapur."

Kemudian ibubapa Syamimi dan kak Nadiya pun berlalu ke dapur.
Memberi peluang kepada mereka berdua bagi menyelesaikan masalah yang sepatutnya diselesaikan pada sebelum ini lagi.

"Mimi sihat?" Nasrul memulakan bicara. Dia merenung wajah Syamimi sedalamnya. Rasa rindunya yang menebal sebelum ini telah pun berkurang selepas berjumpa dengan Syamimi.

"Sihat.awak?" Syamimi tidak turut terlepas daripada merenung Nasrul.Nasrul memang telah banyak berubah. Dia makin kurus daripada dua tahun yang lepas.

"Mimi...sebenarnya saya ada satu permintaan. Tapi saya tahu permintaan saya ni melampau. Sebelum tu, saya nak tahu sesuatu daripada awak. Adakah awak pernah mencintai saya?"

Syamimi tersentak. Tak sangka soalan itu yang bakal terkeluar dari mulut Nasrul.

"jawab dengan jujur Mimi.Saya tak mahu awak bohong hanya kerana keadaan saya sekarang." pohon Nasrul.

Syamimi mengetap bibir. Dia perlu berterus terang. Lagipun dia sudah terlalu
banyak menanggung seksa kerana Nasrul.Tapi dia juga sedar yang Nasrul tidak bersalah. Mereka berdua hanya mangsa keadaan.

"Nas...saya mengaku yang saya pernah cintakan awak."luah Syamimi.Air matanya mengalir tanpa dipinta.

Nasrul mengucap syukur dihati. Tak sangka Syamimi pernah mencintainya.

"Jadi apa permintaan awak?"soal Syamimi dengan penuh debaran.

Dia takut kalau Nasrul meminta cerai sebab dia tak sanggup ingin berpisah dengan Nasrul.Apatah lagi dalam keadaan Nasrul sebegini. Dia bukannya berpisah sebab kasihan tapi dia rasakan sudah tiba masanya dia menebus kesalahannya sebelum ini.

"sudikah awak kembali kepada saya? Adakah awak sudi bersama saya semula walaupun keadaan saya begini?" soal Nasrul dengan nada mengharap.

Syamimi tergamam. Tak sangka yang dia salah sangka. Dia ingatkan Nasrul ingin meminta cerai. Tapi lain pula yang dia dengar. Tapi dia masih belum mampu untuk bersama dengan Nasrul.Dia masih perlukan waktu. Ingin cuba melupakan apa yang patut dilupakan.

"Nas...saya tak tahu nak kata macam mana. Boleh awak beri saya waktu untuk fikir? Tapi awak jangan salah faham, itu tak bermakna saya akan tolak awak cuma saya perlu waktu." jelas Syamimi agar Nasrul lebih memahaminya ketika ini.

Nasrul tersenyum tapi senyumannya agar hambar. Dia tahu Syamimi perlukan waktu untuk berfikir. Tambahan pula dalam keadaan dia begini. Pasti Syamimi perlu berfikir masak-masak.

"Baiklah.saya tetap akan tunggu awak sampai bila-bila Mimi.Saya benar-benar sayangkan awak. Kalau boleh saya harap awak dapat kembali ke sisi saya walaupun keadaan saya tidak seperti lelaki lain." lirih suara Nasrul.

Syamimi terkedu. Dia digamit rasa bersalah. Tapi dia takkan ubah keputusannya pada saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience