BAB 7

Romance Completed 14712

"Dan kemalangan itu pun aku penyebabnya. Aku yang menyebabkan Nasrul lumpuh sebab aku amat kecewa dengan dia. Maafkan aku Mimi." pohon gadis itu lagi sambil menitiskan air mata.

Dengan perlahan Syamimi melepaskan genggaman tangannya. Dia merenung gadis di hadapannya dengan pandangan yang dia sendiri pun tak pasti. Apa yang pasti, dia tidak marahkan gadis itu malah kasihan. Mungkin dia sudah dapat terima hakikat yang semua ini takdir mereka.

" awak...saya tahu sepatutnya saya sangat marahkan awak saat ini.
Tapi yang pelik saya sudah tak rasa semua itu. Saya jadi kasihan dekat awak." Gadis itu tersentak.

Syamimi tersenyum lalu kembali menggengam tangan gadis itu.

" Kalau boleh saya nak lupakan semua itu. Saya tak mahu ingat lagi. Dan awak pun mesti lupakan soal itu. Kalau benar awak rasa bersalah sangat. Bertaubatlah. Pinta ampun daripada Allah. Yang pasti kami sudah lama maafkan awak. Percayalah." ujar Syamimi tenang.

Hati dia kini lebih tenang daripada sebelum ini.

" saya harap awak ambil kata-kata saya sebagai pedoman. Dan terima kasih kerana berani luahkan segalanya. Maaf saya terpaksa pergi dulu."

Belum sempat Syamimi melangkah, tangannya digapai.

" terima kasih kerana sudi memaafkan aku." Syamimi tersenyum ikhlas. Dia hanya mengangguk lalu melangkah pergi.

'Terima kasih Tuhan kerana kau tunjukkan kebenaran. Tapi aku tak pernah menyesal akan jalan yang aku pilih ini. Terima kasih Tuhan.'

****
"Cepat balik." Teguran Nasrul buat Syamimi tersenyum. Pantas dia mendapatkan Nasrul.

" abang...terima kasih atas segalanya." ucap Syamimi lalu memeluk suaminya.

" Kenapa ni?" Syamimi tidak hiraukan soalan Nasrul malah tersenyum gembira.

" Tapi apa-apa pun abang yang patut ucapkan terima kasih kerana sudi terima abang. Lagipun tak lama lagi keluarga kita akan menjadi lengkap."

Pelukan dileraikan.

"ya...dan apa yang terjadi sebelum ini ada hikmahnya kan bang?" Nasrul hanya mengangguk.

"ya... Dan kita patut ucapkan terima kasih kepada Dia. Kalau Allah tidak memberi ujian ini,kita pasti tak tahu yang kita berdua ni sebenarnya ada jodoh."

Syamimi tersenyum.

'Alhamdulilah.'

" Argh!" Sengaja Syamimi menjerit kesakitan sambil menyentuh perutnya.

" Kenapa ni?" Nasrul cemas. Syamimi tersengih.

" Gotcha!" Pantas Syamimi melangkah ke atas.

" Ohh berani Mimi mainkan abang eh! Meh sini budak nakal ni!’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience