BAB 2

Romance Completed 14712

" akak..."

Syamimi tesedar dari lamunan. Tak sangka dia kembali teringat peristiwa pahit yang berlaku dua tahun lalu. Tapi bila difikir-fikir balik, Syamimi jadi nak ketawa saat teringat kenangan itu.

Yalah.dah macam dalam filem dan drama pula. Macam cerita Adam dan Hawa tu. Cuma yang bezanya Nasrul berani berhadapan dengan dia dan meminta maaf.

" menungkan apa tu kak?" soal Syafikah yang merupakan adik Syamimi.
Syamimi tersenyum hambar.

" tak ada apa-apalah. Dah makan? Ibu dan ayah belum balik dari kebun?" soal Syamimi bagi tidak mengingati lagi peristiwa itu.

"Dah... mereka belum balik. Akak...adik masuk bilik dulu. Nak study."

"Yelah." Syamimi tersenyum melihat susah payah adiknya itu belajar. Lagipun tahun ini dia akan menghadapi SPM.

Syamimi kembali mendongak melihat langit. Dia jadi teringatkan Nasrul.

'Apakah yang terjadi kepadanya sekarang? Adakah dia baik-baik saja. Sudah dua tahun aku tidak berjumpa dengan dia. Kali terakhir aku jumpa pun sebelum aku balik ke kampung. Selepas itu aku sudah tidak ambil tahu pasal dia.'

Syamimi redha. Dia telah pun dapat terima hakikat atas apa yang berlaku sebelum ini. Malah dia masih sah isteri kepada Nasrul.Sebab Nasrul tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dengan memberi nafkah kepadanya setiap bulan.

Orang tuanya pun tidak menyalahkan dia. Malah mereka kata yang itu telah ditakdirkan Tuhan. Jadi dia harus terima.

Bila difikir-fikir balik, dia tidak sepatutnya salahkan seratus peratus kepada Nasrul.Lagipun mereka berdua mangsa keadaan. Dia rasa bersalah sangat terhadap Nasrul.Telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Apatah lagi Nasrul itu suaminya.

'Ya Allah.ampunilah dosaku. Hamba sangat menyesal.'

Tiba-tiba sebuah kereta Perodua Wira masuk ke perkarangan rumah. Syamimi jadi terkejut lantas masuk ke dalam rumah untuk menyarungkan tudung.

"Assalamulaikum."

"Waalaikumussalam." sahut Syamimi lantas membuka pintu lebih luas.

Saat bertentang mata dengan tetamu, Syamimi jadi kaku. Kemudian matanya teralih pula ke kiri di mana ada seorang lelaki yang sedang duduk dikerusi roda. Dan dia kenal siapa lelaki itu.

"Mimi." Syamimi melihat kak Nadiya dengan sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience