Pada hari pertemuan yang ditunggu-tunggu, Johan dan Zariq bersiap sedia untuk bertemu dengan Hamdan sekali lagi. Johan tahu keputusan hari ini akan menentukan nasib dan masa depan Elma FC—sama ada kelab itu akan terus berkembang atau terperangkap dan terus jatuh.
Ketika mereka bertemu Hamdan di restoran yang sama, suasana lebih tegang berbanding dengan pertemuan pertama. Hamdan menunggu jawapan mereka dengan sabar, sementara Johan dan Zariq cuba meredakan keresahan di hati masing-masing.
Akhirnya, Johan memandang Hamdan dengan tenang. “Kami telah mempertimbangkan tawaran Encik dengan teliti. Dan kami bersetuju untuk bekerjasama, tetapi dengan syarat semua keputusan yang dibuat mestilah demi kebaikan kelab dan bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata.”
Hamdan tersenyum. Dia kelihatan puas dengan jawapan yang diberi. “Saya akan pastikan tuan-tuan tidak akan menyesal dengan keputusan ini. Mari kita bersama-sama membawa Elma FC ke puncak kejayaan.”
Di luar restoran, Johan dan Zariq berdiri di tepi jalan, memandang ke arah langit yang semakin gelap. Di dalam hati mereka, ada rasa lega, tetapi juga kegelisahan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Mereka tahu perjuangan mereka masih belum selesai. Dengan pelabur baru yang menyokong perjalanan kelab, mereka yakin masa depan Elma FC bertambah cerah.
“Saya akan pastikan tuan-tuan tidak akan menyesal dengan keputusan ini. Mari kita bersama-sama membawa Elma FC ke puncak kejayaan.”
Share this novel