Musim baru bermula dengan penuh harapan. Walaupun Elma FC tidak lagi mempunyai dana yang besar tetapi mereka tetap bersemangat. Johan dan Zariq bekerja keras bersama jurulatih pasukan untuk mencipta strategi yang berkesan selain dari memanfaatkan bakat yang ada dan menggunakan pemain muda seperti Amirul dalam pasukan utama.
Cabaran untuk Elma FC semakin hebat. Semua lawan mereka di dalam liga semakin kuat dan beberapa kelab ada yang memperoleh pemain-pemain dari luar negara.
Elma FC tidak mempunyai sumber yang kuat untuk bersaing, namun mereka mempunyai sesuatu yang berbeza iaitu semangat juang dan kepercayaan penuh dalam sistem yang mereka bina.
Elma FC bakal berhadapan dengan salah satu kelab gergasi dalam liga, Ainsdale FC pada perlawanan pertama. Semua orang tahu ini adalah perlawanan yang sukar, tetapi Johan dan Zariq yakin pasukan mereka sudah bersedia untuk menghadapi cabaran ini.
Stadium penuh dengan penyokong yang tidak putus-putus memberi sorakan yang memeriahkan suasana. Johan dan Zariq duduk di zon VIP, memerhatikan setiap pergerakan pemain dengan teliti. Pada minit ke-70, kedudukan masih 0-0. Amirul yang kini berada di padang sebagai pemain skuad utama, berlari dengan pantas sambil membawa bola. Dia melepasi dua pemain pertahanan lawan dan tanpa ragu-ragu, dia membuat rembatan kuat ke arah gol.
Bola meluncur ke sudut atas gawang, melepasi penjaga gol lawan. Gol! Stadium meletus dengan sorakan dan Amirul dikerumuni oleh rakan sepasukan yang memuji aksinya. Johan dan Zariq berdiri, tepuk tangan penuh kegembiraan.
“Lihatlah Elma FC dah kembali.” bisik Johan kepada Zariq sambil tersenyum puas.
“Lihatlah Elma FC dah kembali.”
Share this novel