Bab 64: Ketegangan Memuncak

Romance Series 258

Suasana di rumah Johan dan Zariq dipenuhi keheningan. Setiap sudut rumah kelihatan sunyi, hanya ditemani bunyi jam berdetik yang seakan menambah ketegangan. Johan tidak dapat melelapkan mata. Dia berjalan di sekitar ruang tamu, jantungnya berdegup kencang dengan memikirkan apa yang bakal berlaku esok.

Di dalam bilik, Zariq memandang siling, fikirannya tidak dapat berhenti membayangkan pelbagai senario yang mungkin terjadi. “Kalau kita kalah… semuanya akan musnah. Semua usaha kita selama ini sia-sia…” Zariq berkata kepada dirinya sendiri. Rasa cemas mula menghimpit dadanya, setiap nafasnya terasa berat.

Tiba-tiba, bunyi pintu bilik diketuk. Johan berdiri di luar, wajahnya menggambarkan kekalutan yang sama.

“Tak boleh tidur?” tanya Johan perlahan, cuba mengawal suaranya daripada bergetar.

Zariq menggeleng. “Kau pun sama?”

Johan tersenyum tipis. “Macam mana nak tidur kalau asyik fikir kelab kita mungkin hilang segala-galanya dalam masa 90 minit esok?”

Zariq mendiamkan diri. Kata-kata Johan sangat menusuk kalbu, seolah-olah mengingatkan dia masa depan kelab bukan sahaja milik mereka berdua, tetapi juga milik pemain, staf, dan penyokong yang sudah mula mempercayai kebangkitan Elma FC.

“Kita tak boleh kalah, Johan,” kata Zariq akhirnya, suaranya serak. “Kita tak boleh biarkan semua ni hancur. Kau tahukan apa akan terjadi kalau kita kalah.”

Johan menghela nafas panjang, membiarkan kata-kata Zariq meresap ke dalam fikirannya. Dia tahu, lebih daripada sesiapa, ini bukan sekadar perlawanan bola sepak. Ini adalah pertempuran antara hidup dan mati. Kegagalan bermakna kehancuran—bukan sahaja untuk kelab, tetapi juga untuk mereka sendiri.

“Aku tahu,” Johan berkata perlahan, matanya merenung jauh ke luar tingkap. “Tapi kita dah buat segala yang kita mampu. Sekarang, kita hanya boleh berharap dan percaya pada pasukan kita.”

“Kalau kita kalah… semuanya akan musnah. Semua usaha kita selama ini sia-sia…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience