Hari perlawanan semakin hampir, tekanan di kem Elma FC semakin terasa. Setiap pemain kelihatan lebih fokus daripada biasa. Johan dan Zariq tidak banyak bercakap, tetapi kehadiran mereka di tepi padang sudah cukup memberi isyarat kepada pemain bahawa mereka tidak boleh gagal.
Di bilik persalinan, Amirul berdiri di depan rakan-rakannya. “Ini adalah perlawanan yang akan menentukan masa depan kita. Kita dah buktikan kepada semua orang yang kita layak berada di sini, tapi sekarang masa untuk buktikan yang kita mampu buat lebih dari itu. Aku percaya pada dengan kekuatan kita.”
Suasana bilik persalinan seolah-olah diisi dengan harapan dan semangat yang membara. Johan memandang dari jauh, melihat bagaimana Amirul memimpin pasukan. Walaupun dia masih muda, semangat yang ada dalam dirinya cukup untuk memberi inspirasi kepada kelab.
Johan dan Zariq keluar dari bilik itu, membiarkan pemain-pemain bersiap sedia. Mereka tahu, saat mereka melangkah ke atas padang, segala-galanya bergantung pada mereka—dan juga pada harapan yang Johan dan Zariq letakkan di bahu mereka.
“Ini adalah perlawanan yang akan menentukan masa depan kita. Kita dah buktikan kepada semua orang yang kita layak berada di sini, tapi sekarang masa untuk buktikan yang kita mampu buat lebih dari itu. Aku percaya pada dengan kekuatan kita.”
Share this novel