Bab 42: Kelemahan Perjanjian

Romance Series 258

Zariq berusaha tanpa henti memikirkan cara untuk mengembalikan kuasa kawalan kelab kepada dia dan Johan. Dia mula mengkaji segala maklumat mengenai perjanjian yang dibuat oleh Hamdan untuk mencari kelemahan yang boleh digunakan untuk menggagalkan rancangan Hamdan.

Pada masa yang sama, Johan mula mengubah pendekatannya dalam mesyuarat lembaga—dia tidak lagi bersikap pasif. Sebaliknya, dia mula bersikap lebih lantang setiap kali mesyuarat diadakan. Pendekatan baru Johan ini menjadi tekanan buat Hamdan untuk menjelaskan setiap kali idea dan keputusan yang dia cadangkan.

Hamdan yang pada mulanya yaki dia boleh menguasai kelab dengan mula rasa tertekan. Namun, dia tidak mudah menyerah kalah. Dengan kedudukan kewangan yang kuat, dia masih mempunyai banyak kuasa untuk mempengaruhi keputusan ahli lembaga kelab.

Suatu hari, Zariq datang kepada Johan dengan senyuman yang penuh makna. “Aku dah jumpa sesuatu, Johan. Sesuatu yang mungkin boleh membantu kita.”

Johan menatapnya dengan penuh harapan. “Apa maksud kau?”

“Aku dah kaji semula perjanjian asal kita dengan Hamdan. Ada satu klausa yang mungkin kita boleh gunakan untuk membatalkan beberapa keputusan yang dia buat. Tapi kita perlu gunakan dengan bijak.”

Johan merasa semangatnya kembali. Ini mungkin peluang terakhir mereka untuk menyelamatkan Elma FC dari tangan Hamdan. “Baiklah, kita buat apa yang mampu kita lakukan. Kelab ini milik kita dan kita juga yang akan mempertahankannya sehingga akhir.”

“Aku dah jumpa sesuatu, Johan. Sesuatu yang mungkin boleh membantu kita.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience