Di dalam padang, Elma FC terus beraksi dengan baik. Namun, lain pula isu di luar padang, pertempuran politik kelab semakin menjadi-jadi. Hamdan mula membawa masuk beberapa rakan perniagaannya yang lain untuk melabur dalam kelab. Perkara ini menyebabkan Zariq dan Johan semakin banyak kehilangan kuasa untuk mengawal kelab. Setiap kali mesyuarat lembaga diadakan, Johan terasa seperti seorang penonton daripada seorang pemilik kelab.
Zariq, yang sebelum ini lebih terbuka kepada kerjasama dengan Hamdan, mula rasa menyesal dengan keputusan yang dia lakukan sebelum ini. “Johan, kita perlu bertindak cepat. Hamdan dah semakin kuat dalam kelab ini, dan jika kita tak buat sesuatu kelab ini mungkin bukan milik kita lagi.”
Johan memandang Zariq dengan wajah penuh kerisauan. “Aku tahu, Zariq. Tapi apa pilihan kita sekarang? Kita terikat dengan perjanjian.”
Rupa-rupanya di dalam diam, Zariq telah merancang sesuatu untuk menyelamatkan Elma FC dari dirampas oleh Hamdan. Dia mula menghubungi beberapa ahli lembaga pengarah yang masih setia kepada visi asal kelab. Dia berusaha untuk membina pakatan yang kuat secara senyap. Zariq tahu untuk memenangi pertempuran ini, ianya tidak boleh dilakukan secara terang-terangan dan dia juga sedar jika tidak bertindak pantas, Elma FC mungkin akan hilang dari milik mereka buat selama-lamanya.
“Aku tahu, Zariq. Tapi apa pilihan kita sekarang? Kita terikat dengan perjanjian.”
Share this novel