BAB 04 : JUAL MAHAL

Drama Series 3073

Bunyi enjin kereta di laman rumah membuatkan Puan Raziah tersenyum lebar. Wanita itu yang sedang menyediakan minum petang di dapur segera melangkah keluar. Anak bujangnya yang baru saja keluar dari perut kereta di sambut dengan gembira.

Akhyar menyalami tangan ibu tercinta. Sebuah pelukan diberikan kepada ibunya.

“Busuklah Ya. Dah berapa Ya hari tak mandi ni?” omel Puan Raziah sambil menutup hidungnya. Pelukan si anak dileraikan.

“Mana ada busuk ibu. Dah satu botol perfume Ya sembur.”
Akhyar pantas menghidu bau baju sendiri. Tetapi Puan Raziah tersenyum. Sengaja mengusik anak lelakinya.

“Ibu tak suka betul bau perfume Ya ni. Kenapa tak tukar yang lain?" soal Puan Raziah seraya tutup hidungnya.

Pantas saja tawa Akhyar meletus keluar. Tahu benar dengan selera ibunya. Bau keras macam begini bukan pilihan ibunya. Tetapi dia suka bau ini yang akan dia pakai jika hendak melakukan aktiviti outdoor. Sesuailah dengannya yang sudah seminggu berada di kilang. Kalau dalam pejabat dia tak akan pakai bau keras macam ni.

“Nanti Ya masuk mandi dulu. Lepas Ya dah siap tentu ibu asyik nak berkepit dengan Ya je,” usik Akhyar tetapi dijegil Puan Raziah.

“Tak payah banyak cakap. Pergi mandi. Lepas tu jumpa kat luar. Kita minum petang kat laman,” arah Puan Raziah seraya menatang dulang berisi makanan dan minuman ke laman.

Akhyar pula mengangguk lalu segera naik ke bilik. Setengah jam berlalu dia muncul dengan undershirt putih dan jeans hitam.

“Ya….”
Sekali lagi Puan Raziah menjerit kecil apabila dipeluk dari belakang ketika sedang menuang minuman ke dalam cawan.

“Ibu... rindu betul dekat ibu,” ujar Akhyar macam anak kecil.

Puan Raziah tidak meleraikan pelukan anak bujangnya. Dia tahu sikap Akhyar. Mana boleh kalau tidak memeluknya dua tiga kali sehari.

Tiba-tiba….

“Wow, so gorgeous!” Aina yang baru saja tiba dari kelas tambahan berbayar menjerit kecil. Pantas Akhyar leraikan tubuh emaknya lalu cuit hidung adiknya pula.

“Dah lama Abang Ya tak pakai baju ni. Huuu, kalau kawan Aina tengok ni, mesti suruh kirim salam gila lah.” cerita Aina bangga.

“Tahu tak apa. Abang Ya kan memang handsome.” Akhyar puji diri sendiri sekadar berlawak. Dia menarik kerusi dan terus duduk sambil mengunyah karipap goreng.

“Hek eleh, Azim lagi handsomelah dari Abang Ya.” Azim, kembarnya Aina muncul sedikit lewat seraya menongkatkan basikal fixienya di tepi pagar. Dekat dengan meja yang sedang dihuni oleh tiga beranak itu.

“Ada orang jealous,” usik Aina seraya menggelengkan kepala bagaikan menari tarian india. Terus muka ceria Azim berubah tona.

Akhyar tersentak.
“Kenapa muka tu. Macam ayam berak kapur pulak?” soal Akhyar tak faham. Azim tidak menjawab sebaliknya anak muda itu terus meneguk kopi yang hampir suam.

“Haah. Kenapa ni. Ada masalah apa. Tadi elok je?” soal Puan Raziah pula.

“Abang Ya punya pasal lah ni. Dah seminggu janji nak bawak pergi kedai buku. Ingatkan hari ni balik awal. Dapatlah bawak Zim pergi beli buku. Tapi lambat jugak. Dahlah Azim nak guna buku tu esok. Nak tunggu ayah, tengah malam baru balik,” omel Azim dengan suara merajuk.

Terus saja senyum Akhyar meleret panjang.
“Ingatkan masalah apalah tadi. Kalau macam tu lepas maghrib nanti kita pergi.” Janji Akhyar.

Kasihan pula dengan adik-adiknya. Sudah lama tidak membawa mereka keluar. Kerja di pejabat yang makin menimbun sedari awal tahun buat dia tiada masa untuk keluarganya. Kasihan si kembar yang bakal menghadapi PMR tahun ini. Lagi kasihan dengan si Azim. Nampak saja lelaki tapi adiknya itulah yang paling sensitif. Mengalahkan Aina yang cekal orangnya.

“Betul ni Abang Ya.” tanya AZIM tak percaya. Manalah nak percaya kalau abangnya itu macam chipsmore. Kejap ada kejap tak ada.

Akhyar pantas mengeyakan.

“Yahoo!!!” Azim terus bangun lalu melonjak kegembiraan.
“Kalau macam tu Zim masuk mandi dulu.”

Anak bongsu Puan Raziah itu segera berlalu. Tinggallah Aina menemani ibu dan abangnya minum petang.

“Abang Ya, tak nak kenal ke dengan penyewa rumah abang?” Aina tiba-tiba bertanya dan serta-merta Puan Raziah tersenyum ceria. Tidak perlu dia berusaha memujuk anak bujangnya mengenali mana-mana gadis kerana Aina sudah menjadi wakilnya.

“Nak kenal buat apa?” soal Akhyar hairan. Terkejut dengan kata-kata si adik.

“Rugilah bang Ya. Orangnya cantik. Sekali tengok macam minah arab. Dua kali tengok dialah perempuan melayu terakhir yang semua orang kejar.”

Kata-kata itu buat dahi Akhyar berlapis-lapis.
“Tak payah nak reka cerita. Cantik ke tak cantik ke Abang Ya tak nak ambil tahu. Biar ibu je yang kenal sebab ibu yang berurusan dengan penyewa. Abang Ya tak nak terlibat,” sangkal Akhyar lantas habiskan kopi.

“Hek eleh. Jual mahal konon.” Aina masih nak menyakat.

“Ya lah. Entah-entah orang tu tunang orang. Tak pun dah kawin. Ada anak. Lagi parah.”

Mendengar kata-kata itu Aina hamburkan tawa mengekek.
“Mana ada. Kan ibu?” Kali ini Aina serahkan tugas kepada ibunya.

“Betul tu Ya. Ibu berkenan sangat. Orang Kelantan Ya. Sejuk je bila tengok muka dia. Ibu harap dia belum berpunca. Ya cuba-cubalah kenal. Baik budaknya tu.” Puan Raziah cuba memancing si anak namun Akhyar tergeleng-geleng sambil ketawa.

“Ibu ni, baru 2,3 hari budak tu menyewa rumah Ya ibu cakap dah berkenan. Ini yang parah ni kalau penyewa tu perempuan. Habislah Ya kali ni. Harap-harap budak tu dah kahwin,” Kali ini Akhyar pula yang mengenakan ibunya.

“Ya!!”
Kuat suara Puan Raziah keluar. Geram betul dengan kata-kata anaknya. Aina di sebelah juga mencebik geram.

“Biarkan Abang Ya tu ibu. Kita tengok je nanti. Awal-awal ni biar dia jual mahal dulu. Tapi lama-lama nanti mana tahu Abang Ya berkenan pula. Aina ni dah tak sabar nak kawan dengan kakak ipar. Nak tunggu kawan dengan kak long sendiri pun 2,3 tahun sekali baru balik Malaysia,” rungut Aina di akhir kata.

Akhyar hembus nafas tak suka. Kemudian menggeleng kepala tak faham. Dua beranak ni sama naik cuba memancingnya.

“Ibu. Bila dah sampai masa nanti tak cepat tak lambat ibu akan dapat juga menatu yang ibu nak. Tapi sekarang ni tak boleh lagi. Hati Ya tak terbuka pun ini. Hah, Aina pula! Belajar dulu. Soalan kakak ipar tak ada dalam kertas periksa.”

Aina mengetap bibir geram sebab dah terkena dengan abang sendiri.

Akhyar pula sudah bangkit.
“Ya nak masuk dulu, ibu. Dah nak maghrib ni. Kejap lagi kita solat jemaah sama-sama.”

Sejuk hati Puan Raziah mendengar hujung kata anaknya. Akhyar memang begitu. Selalu menjadi imam di rumah ini jika abah mereka lambat balik. Namun, di sebalik sifat ceria dan bertanggungjawab itu, hati anaknya pernah patah berderai.
Nampaknya hati Akhyar masih keras.

Simpati sungguh dengan anak bujangnya. Baru sebulan dua bercinta, rupa-rupanya kena tipu.
Kasihan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience