Kejayaan Elma FC mula menarik perhatian kelab-kelab besar yang lain. Pemain-pemain muda mereka seperti Amirul sudah mula menerima tawaran lumayan dari kelab-kelab besar, dan ini membuatkan Johan dan Zariq sukar untuk menentukan keputusan mahu menjual pemain muda paling penting dalam kelab mereka ataupun tidak.
Pada suatu malam, selepas perlawanan, Johan menerima panggilan telefon dari ejen Amirul.
“Encik Johan, saya dapat tawaran besar dari sebuah kelab di luar negara untuk Amirul. Mereka sedia membayar jumlah yang besar untuknya,” kata ejen tersebut.
Johan menghela nafas panjang. Dia tahu jika dia menjual Amirul, ianya akan memberi keuntungan besar kepada kelab. Tetapi pada masa yang sama, dia juga tahu kehilangan pemain berbakat seperti Amirul akan merugikan pasukan dari segi prestasi di padang.
Zariq, yang mendengar perbualan itu, turut kelihatan gusar. “Kita tak boleh tahan mereka kalau mereka mahu pergi, Johan. Tapi kita juga tak boleh terus menjual semua pemain berbakat kita. Itu akan membantutkan usaha kita untuk mempertingkatkan keupayaan pasukan.”
Johan termenung panjang, merenung ke arah luar jendela pejabatnya. Dia perlu membuat keputusan yang bijak—keputusan yang akan menentukan masa depan Elma FC. Adakah mereka akan menjadi kelab yang hanya melatih pemain muda untuk dijual, atau mereka akan mengekalkan bakat-bakat ini untuk membina pasukan yang kuat dan stabil?
“Encik Johan, saya dapat tawaran besar dari sebuah kelab di luar negara untuk Amirul. Mereka sedia membayar jumlah yang besar untuknya,”
Share this novel