EPISODE 09 delete

Family Series 54810

Sudah seminggu Farhana Dhia mengikuti kursus asas islam ke Terengganu. Sampai saja di depan Farmasi dia mengambil keputusan untuk ke dalam, memandang kan diri sudah lewat period dua hari lalu.

Ia mencari sesuatu di dalam farmasi tanpa hala tuju.

"Assalamualaikum cik. Boleh saya bantu." Ummu Ja tersenyum lebar.

Farhana Dhia melihat di name tag, baru dia tahu itu pembantu farmasi.

"Waalaikumusalam.. cik, boleh saya dapatkan pil perancang keluarga.?"

"Pil perancang keluarga.?" Sekali lagi Umum Ja bertanya untuk kepastian.

"I-iya.. Saya dan suami nak merancang dulu. Asbabnya perkahwinan kami baru lagi.." Berdebar-debar dadanya berbohong begitu rupa.

"Oh... faham-faham hihi saya ingatkan Puan nak gugurkan kandungan. Saya ambilkan paket pil dulu.." Ia berjalan ke dalam.

Beberapa orang sedang menanti di tempat besar itu mereka juga, masing-masing memilih untuk mencari ubat-ubatan di sana.

"Cik.. dah siap ye. Semuanya rm49.90sen. Ada apa-apa nak tambah lagi.?" Ummu Ja kembali bertanya.

"Oh saya ambil mineral water satu dan pad ni juga." Farhana Dhia terus mengeluarkan duit kertas note berwarna purple.

"Baik lah.. total semuanya rm74.20sen."

Setelah memberi baki, Farhana Dhia segera keluar dari farmasi tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia yakin, dia tak mahu mengandung dalam masa terdekat ini.

Sudah dua bulan lebih mereka berdua disatukan tetapi Farhana Dhia masih tak memaafkan dirinya sendiri kerana mengambil kesempatan berbaik dengan Ikbal Fatah. Sedangkan selama ini dia tantang habis-habisan mempertahan dirinya sendiri.

Glup.

Ia menelan pil perancang keluarga dengan meneguk air mineral hingga separuh. Sesungguhnya dia tak mahu mengandung.

Ia berjalan untuk keluar dari bilik air, Paket ubat tadi di simpan semula ke dalam handbag.

"Awak pergi ke mana tadi.?" Ziarah segera berjalan lalu ia duduk di sebelah kiri Farhana.

"S-saya.. Saya pergi farmasi beli ubat sakit perut dengan pad." Jawabnya ringkas.

"Kenapa kau datang bulan ke.?" Natasha terus duduk di sebelah Farhana.

"Belum lagi. Tapi aku nak berjaga-jaga lah sebabnya seminggu dah lambat ni."

"Farhana mengandung anak Putra raja ke ni? Hihi lambat datang bulan tu.." Fazilah mengusik.

"Ih.. mana ade, jangan cakap Putra raja. Anak pak Meon sebelah rumah mak Esah di seberang laut pun belum tentu kenal saya. Huhu.." Farhana tergelak kecil.

"Wah hebat eh awak. Farhana." Fazilah menepuk tangan.

Mereka kenal dengan Farhana sejak dua tahun lalu. Kini mereka berkawan rapat tanpa ada iri hati terhadap salah satu dari yang lain.

Mereka menyukai Farhana Dhia kerana sikapnya yang terbuka. Boleh di tepuk tampar.

"Saya nak solat asar kejap lah, takut terbabas pula nanti. Ehehe.."

"Ye lah awak tu dari mana balik-balik tak solat.. ustazah marah tak tahu lah." Siti menepuk bahu Farhana.

"Farhana baru balik dari farmasi. Tak sengaja tu tak mengapa, jangan di sengajakan.. Nanti-nanti jangan cakap Ustazah marah, tuhan pun benci. Korang faham tak ni." Ziarah menaikan kening.

"Betul saya setuju.." Siti mengangguk mengerti.

Sebaik saja mereka masuk ke bilik hotel masing-masing sebelum pukul sebelas sembilan tadi. Kini mereka berempat sudah berpakaian tidur dengan lengkap, mereka kembali ke tempat katil.

Tetapi tidak bagi Farhana Dhia. Ia ingin sekali memuntahkan isi perut yang sudah mengelegak di dalam.. kepalanya agak pening.

"Huergk.." Ia segera berlari ke bilik air.

Natasha dan Ziarah terus bangun dari tempat tidur. Mereka berlari ke bilik air di mana ada teman mereka di dalam.

"Farhana, awak okay tak.?" Ziarah mengetuk pintu bilik air bertalu-talu.

"Huergk.. Ah.." Farhana terjatuh ke lantai, ia melihat dirinya seperti lemah.

"Farhana.. kenapa kau muntah-muntah babe.? Buka pintu ni." Natasha mengetuk pintu bilik air bertalu-talu.

CLACK.

"Argh.."

BUK..

"Aaaa !!!! Farhana.." Mereka mendapatkan Farhana yang sudah terjatuh ke lantai.

Beberapa orang Nurse yang lagi merawat Farhana Dhia di dalam sana sempat mereka bercakap tentang kesihatan wanita itu. Ke empat-empat mereka mengangguk kepala bila seorang doktor memberi arahan.

Hal itu di ketahui oleh Ikbal Fatah, dia berjalan masuk ke bilik rawatan Farhana Dhia dengan geram.

"Dr.." Ikbal Fatah melangkah masuk ke dalam tanpa meminta izin dahulu.

"Dato kenapa masuk sini.?" Salah seorang Nurse mencegah langkah Ikbal.

"Kau nak kena pecat dari sini cuba lah halang aku!" Ikbal menolak tangan wanita itu menjauh.

"Dr.. macam mana dengan Hana.? Macam mana Farhana boleh di masukkan ke sini.?"

"Dato jangan risau, cik Farhana baik-baik saje. Dia cuma sakit perut.." Dr Nurin mengangguk sekali imbas.Ia tak mahu menyatakan lebih-lebih kerana dia tak tahu hujung pangkal kenapa lelaki itu berada di sini.

"Sakit perut!?" Sekali lagi Ikbal bertanya.

"Ye.." Nurin mengangguk lagi sambil berjalan ke pintu.

"Saya minta diri dulu, nanti kalau Cik Farhana sudah bangun segera beritahu kami ya."

"Erk.. baik lah.." Ikbal menggenggam kedua-dua tapak tangan Farhana.

Dia mengharapkan Farhana Dhia mengandung, kerana dia sudah membuat wasiat kepada anak-anak yang lain.

Hartanya terlalu banyak jadi dia tak mungkin boleh habiskan semuanya sekaligus.

Tanpa pengetahuan Farhana Dhia. Dia sudah mewasiatkan sebiji rumah banglo serta beberapa tanah lot yang berada di Cameron Highlands atas nama isterinya yang satu ini.

Serta sebiji kereta sport dan satu lot tanah ladang kelapa sawit di Kedah. Hanya dia saja tak cakap semua itu.

"Ugh.. sakit.."

Ikbal Fatah yang lagi mengelamun tersedar serta merta.

"Sayang. Hye wake up.."

"Huh!!! D-dato buat apa di sini.?" Farhana terus bangun dari perbaringan di atas katil.

"Dato.? Are serius.. Madam." Ikbal memeluk tubuh Farhana.

Farhana Dhia tersedar daripada mimpi, rupanya dia sudah terjaga dari lena panjang.

"Kenapa tak jaga diri sayang.? Sengaja ya buat abang risau huem.." Ikbal naik ke atas katil, ia memeluk pinggang ramping Farhana dari sisi tepi.

Farhana Dhia melepaskan pelukan dari lelaki itu.

"Sejak bila abang ade di sini. Saya tak tahu pun."

"Shhht.. abang boleh ikut ke manapun kau pergi Hana. Malaysia ni kecik saja." Ia tersenyum lebar. Wajah pucat Farhana Dhia di belek lama.

Dengan wajah polos begini ia memang tak akan segan-segan untuk mendapatkan sisi wanita itu.

"Abang!!"

"Shhht.."

"Ih saya tak nak lah, abang. Abang nak buat ape ni orang nampak nanti.!!"

"Sekali saja sayang." Ikbal mencempung tubuh Farhana ke bilik air.

"Ya Allah, tak nak!!! Abang." Farhana cuba memberontak. Dengan tubuhnya masih lemah untuk berlawan dengan tenaga lelaki itu.

Dia hanya mampu menggeleng kepala sambil menangis di dada lelaki itu.

"Kau tak tahu bertapa rindunya abang pada kau sayang. Hurmm.."

"Abang!! Saya masih sakit ni tak kesiankan ke.? Argh sakit.."

"Tak.." Ikbal tahu apa yang dia lakukan.

Dia cuma rindukan Farhana Dhia. Sejauh ini dia sanggup meredah segala-galanya semata-mata untuk mendapatkan diri isterinya, tubuh Farhana Dhia hilang di sebalik daun pintu.

Seorang doktor bernama Nurin melihat segala-galanya di celah pintu bilik wad itu.

"Siapa wanita itu dengan Dato.? Tak mungkin anak angkat tetapi.."

"Dr.." Sandra menepuk bahu Nurin.

"A-awak ni.. terkejut saya." Nurin menepuk dada beberapa kali sebelum menutup pintu bilik itu semula.

"Dr nak jenguk pesakit ke.?"

"Er.. saya nak ke dalam, tetapi tulah saya ada tertinggal barang di lobby pula. Saya ke sana dulu nak chek pesakit lain." Ia segera mengambil langkah untuk beredar pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience