Completed
306
Mokhtar pandang ke hadapan seolah-olah terbayang masa depan cucu-cicitnya tengah bergosip pasal dia tak lepas sekali lafaz. Nightmare! Mokhtar menggelengkan kepalanya. “Pengantin lelakinya dah siap belum? Kita nak bergerak ke masjid ni.” Suara Puan Rosnah tiba-tiba muncul di kamar pengantin. “Dah siap mak cik.” Hanani tolong jawab bagi pihak Mokhtar . “Jom gerak!” Hanani mendahului langkah Mokhtar . Sedangkan si pengantin lelaki masih duduk di birai katil memikirkan situasi yang bakal dia hadapi. “Woi, cepatlah... kau ingat kau seorang je ke yang nak kahwin nanti? Banyak lagi pasangan lain. Cepat!” kepala Tasneem terjengul dari pintu bilik. “Ya ya...” Mokhtar kelam kabut mencapai songkoknya. Orang ramai mula berkerumun di dalam kawasan masjid. Penuh dengan sanak-saudara pengantin. Hari tu bukan Mokhtar dengan Manisah sahaja yang berkahwin, ada lagi tiga pasangan lain. Pasangan mereka adalah pasangan terakhir. Sewaktu keluar dari kereta tadi Mokhtar bertembung mata dengan Manisah yang datang dengan kereta pihak perempuan. Seketika Mokhtar terpegun melihat keayuan Manisah disebalik jubah pengantin muslimah Manisah yang berwarna putih suci itu. Mokhtar tersenyum pada Manisah . Walaupun bakal isterinya itu lengkap berniqab tetapi Mokhtar dapat rasakan yang Manisah turut membalas senyuman itu dengan hanya melihat ‘senyuman’ Manisah yang manis dari sinar matanya itu. Mokhtar menundukkan sedikit kepalanya pada Manisah , Manisah membalasnya sebelum mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam masjid. Selesai ketiga-tiga pasangan sebelum mereka akhirnya tiba giliran pasangan mereka. Debaran kian dirasa baik Mokhtar mahupun Manisah sendiri. “Dah sedia?” Tok kadi menyoal Mokhtar . Mokhtar berdehem membetulkan suaranya agar tak kedengaran merenek nanti. Kemudian dia memandang ke tepi, nampak Hanani sedang menegakkan jari telunjuknya tanda satu. Fahamlah dia ‘Sekali’. Sekali lafaz... sekali lafaz. Mokhtar seolah-olah membaca jampi di dalam hatinya. Dia kemudian mengerling ke belakang sebentar memandang Manisah yang sopan bersimpuh di sisi maknya dan ibu Manisah . Sekali lagi Mokhtar dapat ‘lihat’ senyuman yang terbias melalui mata bakal isterinya itu. <1.bp.blogspot.com-dndaf2-jkvquec3069y7-iaaaaaaaabugwfw8ncfbxy8s___n.png>“”“”“”“”“”1.bp.blogspot.com-dndaf2-jkvquec3069y7-iaaaaaaaabugwfw8ncfbxy8s___n.png>
Share this novel