BAB 1

Drama Completed 303

3 Syawal tahun 1434 hijrah – 10 Ogos 2013

Mokhtar mundar-mandir di bilik tidurnya. Serba tak kena sahaja
tindak-tanduknya. Duduk rasa semacam, berdiri rasa semacam, nak baring
lagilah rasa bermacam-macam!

Cuak wei! Cuak...

Hari tu masa nak nak ‘minta’ Manisah daripada Pak Cik Mazlan bukan main
Hang Jebat lagi dia. Anak jantan kononnya tak takut cabaran. Lagi
dicabar lagi disahut. Lagi kuat keinginan lagi membara semangat. Kononnya...

Alih-alih... dah siap pakai baju melayu teluk belanga hensem-hensem siap
dengan sampin tenunan benang emas lagi kemas tersemat di badan boleh
pula nak rasa cuak masa genting macam ni.

Ini semua salah Hanani la! Sepupu yang juga merangkap kawan
baiknya. Teman nakalnya masa kecil-kecil dahulu. Buat jahat sama-sama,
mandi sungai sama-sama, tidur sebantal. Pendek kata kononnya sahabat
sehidup semati la. Tapi alkisahnya dulu masa kantoi dengan Tok Mad tak
puasa, meleleh air mata cakap Mokhtar yang mastermind ajak dia buat
kerja jahat. Pembelot gila.

Tapi itu dulu. Zaman masa budak-budak hingus pun mak tolong lapkan
lagi. Tak matang pun lagi. Sekarang lain, Hanani tu dah kahwin, dah
selamat pun jadi bapa kepada tiga orang anak. Produktif tak produktifnya
dia selang setahun la senang cakap keluar seorang. Nasib baik bukan
macam P. Ramlee dalam cerita
Masam-masam Manis tu. Setahun dua orang! Padi Malinja... hambek kau! Kau ada?

Mokhtar duduk semula di birai katilnya. Matanya memandang jam yang elok
tergantung di dinding biliknya, tak lama lagi dia bakal melangkah ke
satu lagi fasa hidupnya. Fasa membina baitul muslim, keluarga islam yang
hidup berlandaskan ajaran islam dan yang paling penting dialah yang
bakal jadi ketua keluarganya itu. Imam kepada
isterinya dan anak-anaknya. Maybe...

Dentingan jam semakin kuat pula di pendengaran Mokhtar . Semakin kuat juga jantungnya berdegup. Baru dia faham apa yang Hanani cakapkan
tadi. Feeling nak kahwin ni lain. Lain yang tak boleh
nak digambarkan dengan perkataan. Tapi hati tu memang kuat
rasanya. Dupdapdupdapdup....

Kata-kata Hanani bermain-main di fikiran Mokhtar .

“Aku bukan nak takutkan kau, Mokhtar . Nak cuakkan kau ke, tak ada. Aku
cuma nak kongsi pengalaman berkahwin je.” Eleh, mentang-mentang dia
kahwin awal dari Mokhtar . Walaupun hakikat sebenarnya, diorang dua ni
sama umur tapi hakikat yang lagi hakiki... si Hanani tu ijazah pun tak
sempat habis dah gatal nak kahwin.

Mokhtar telan air liur. Asal berat semacam je nada mamat ni?

“Apa?”

“Nanti...” Hanani pandang wajah Mokhtar yang dah berubah jadi
semacam. Cuak? Nervous? Ha... lagi-lagi...

Dia diam, sengaja tanam rasa panik di dalam hati Mokhtar .

“Nanti apa?!” Mokhtar hilang sabar. Karang bukan tok kadi yang dia
jemput. Tok mudim yang datang. Tak pasal kena sunat lagi sekali mamat ni.

Pecah tawa Tasneem.

“Macam ni bro.” Hanani turut melabuhkan punggungnya di sisi Mokhtar .
“Kau rasa cuakkan sekarang?”

Mokhtar mengangguk pantas. Hanani senyum.

“Masa kau duduk depan tok kadi nanti kau akan rasa lagi dahsyat dari
sekarang. Seram! Masa tu bukan setakat jantung kau. Selagi usus-usus
dalaman kau pun tak senang duduk wei. Time tu kalau nak minta izin ke
tandas pun dah tak ada maknanya lagi. Memang no mercy on you la I
tell you. Perasaan bila tok kadi nak goncang tangan kau, nak serahkan
tanggungjawab dekat kau lagilaaaaah... Tuhan sahaja
yang maha mengetahuinya.”

Mokhtar telan air liur lagi dalam. Serius ke dia ni?

“Rasa macam nak pitam, bangun balik, nak pitam balik!” Tasneem
menggeleng kepalanya. Dahsyat sangat la konon gambaran dia masa tu. Caih!

“Kita orang lelaki masa nak salam tangan tok kadi kena ingat. Sekali
lafaz saja tau. Sekali.” Perkataan sekali tu sengaja diulang
berkali-kali dalam nada berbisik di tepi telinga Mokhtar . Hanani sengaja
mahu meniup rasa cuak yang lagi mendalam pada Mokhtar . “Sekali. Ingat,
sekali sahaja tau.”

Mokhtar diam. Peluh merintik di dahinya...

“Sekali je?”

Hanani dengan muka serius mengangguk kepalanya.

“Kau kena lepas dalam sekali lafaz. Lebih
dari tu kau fail. Hilang macho beb depan isteri kau. Kau nak ke nanti
sampai ke tua dah beranak bercucu bercicit nanti anak kau cakap macam ni...”

“Atuk kau tu mula masa nak kahwin dengan nenek kau sepuluh kali
lafaz. Semua sangkut. Yang ke sebelas tu baru nak lepas azabnya.”
Hanani mengecilkan suaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience