BAB 5

Drama Completed 303

11 Ramadhan tahun 1434 hijrah – 19 Julai 2013

Setiap orang yang berada di dalam bilik sakit Manisah ketika itu
semuanya terlakar senyuman bahagia di bibir
masing-masing. Gembira menerima kedatangan orang baru dalam keluarga mereka.

Bayi kecil yang masih nyenyak di dalam dakapan ibunya sesekali menguap
kecil. Comel. Manisah membetulkan dakapannya dan sesekali pipi anaknya
diusap lembut penuh kasih sayang. Rasa penat dan sakit yang tak
tertanggung tadi ketika sakit hendak melahirkan seolah-olah hilang terus
sebaik sahaja dia memandang wajah anaknya yang
suci itu. Lembut dan mulus... tenang hatinya.

“Cucu atuk... comelnya pipi dia. Gebu.” Encik Razi berkata. Matanya tak
lepas-lepas memandang cucu sulungnya itu.

“Cucu saya juga tu. Cuba tengok muka nak macam saya.” Encik Mazlan pun
tak mahu beralah. Nak juga...

“Eh, kalau muka macam awak habislah rupa cucu saya.” Tiba-tiba Puan
Rosnah mencelah sekaligus membangkang kata-kata besannya itu. Terletus
ketawa oleh semua orang di ruang bilik sakit itu.

“Semua salah. Muka baby comel macam umminya masa kecil dulu. Montel.”
Kali ini Puan Faiza pula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

Merah padam wajah Manisah bila melihat suaminya yang tengah
tersengih-sengih sambil memandangnya ketika itu. Mesti Mokhtar tengah
membayangkan dia yang tembun dulu! Bibirnya dicebikkan. Suka betul
mengusiknya sampai sekarang walaupun mereka dah bergelar suami isteri.

“Dah fikir nak namakan apa anak kamu ni, Mokhtar ?” Ayah mertuanya menyoal.

Mokhtar mengganguk perlahan sambil memandang Manisah . Dia membalas
senyuman suaminya. Sebelum anak mereka lahir lagi mereka sudah sibuk
mencari nama untuk anak mereka. Bahkan makin teruja bila mereka tahu
jantina anak mereka adalah perempuan.

“Fatihatul Faiqah.”

Pembukaan paling baik.

Tiba-tiba bayi kecil itu menangis seolah-olah tahu namanya diseru.

Ramadhan dulu kita penyatu hati kita, tapi ramadhan kali ini penyeri
hidup kita… Mokhtar tersenyum bahagia. Alhamdulillah.

Ramadhan tahun 1439 hijrah – May 2018

Air Nescafe yang dibancuhnya tadi dengan cermat dihidangkan kepada
suaminya yang tika itu ralit membaca surat khabar di
halaman luar rumah mereka. Manisah kemudian mengambil tempat di sisi
suaminya tetapi suaminya itu langsung tak mempedulikan kehadirannya.

“Ehem... terima kasih.” Manisah berkata kuat sengaja mahu menyindir
suaminya sekaligus menarik perhatiannya.

Mokhtar mengalih pandangan ke kanan. Dia ketawa kecil. “Sindir abang ke
apa ni? Ya la... thanks sayang.”

Manisah tersenyum puas. “Bukan sindir, perli je... by the way welcome.”

Mokhtar gelengkan kepala sahaja. Air minuman yang disediakan
oleh isterinya dicapai lalu dibawa ke mulut.
Perlahan-lahan dihirupnya air itu.

Riuh-rendah bunyi kanak-kanak bermain di luar kawasan rumah menggamit
perhatian Manisah . Dia tersenyum melihat anaknya yang kian membesar
sedang bermain bersama rakan-rakannya yang juga anak-anak jiran mereka.

“Abang...”

“Hurmm...”

“Saya risau la tengok Fafa.”

Kening Mokhtar bertaut. Dipandangnya anak dara mereka sekilas
pandang. Apa yang tak kena dengan anak daranya yang seorang tu? Makin
sihat sahaja dia tengok. Nak kata Fafa selalu sakit, memang tak. Sihat
semedang budak tu. Apa lagi yang nak dirisaukan? Ah, naluri ibu mana dia
faham. Mokhtar membuat telahan sendiri.

“Abang dengar tak saya cakap tadi?” Sebal bila rasa hatinya tak
dipedulikan si suami.

“Dengar sayang… apa yang sayang nak risaukan? Kan sihat je Fafa tu.”

“Itulah yang Manisah risaukan.”

Kali ni betul Mokhtar rasa pelik kuasa berganda! “Anak sihat pun sayang
risau? Sayang ni biar betul? Takkan nak mendoakan budak tu sakit pulak?”

Manisah ketawa dengar jawapan suaminya. Ada ke situ pula cara dia fikir.
“Mana ada emak yang suka tengok anak dia sakit. Abang ni pun…” Paha
suaminya ditampar manja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience