BAB 3

Drama Completed 303

Mokhtar memandang langkah Manisah yang bergerak ke
arahnya. Lenggok langkah isterinya itu diperhati dengan penuh minat.

Sebaik sahaja Manisah berdiri di hadapannya Mokhtar menarik lembut tangan
isterinya supaya duduk di tepinya. Manisah hanya menurut.

Sepi antara mereka.

Manisah merenung lantai manakala Mokhtar merenung dirinya, ill at
ease? Sangat ya!

“Ermm, a... a... abang nak tukar pakaian ke? Manisah boleh tolong ambil
kan.” Manisah memulakan bicara. Mokhtar masih belum menukar pakaian
pengantin mereka sedangkan dia seawal tadi sudah menukar pakaian
pengantinnya kerana tak selesa.

Mokhtar senyum sahaja melihat isterinya yang gugup mahu memanggil
dirinya, abang. “Boleh juga...”

Manisah segera bangun dari katil dan terus ke almari
Mokhtar . Sehelai t-shirt biru tua dan kain pelekat dicapai dan dihulurkan
kepada Mokhtar . Mokhtar mencapai huluran isterinya itu. Tapi... bukan
setakat huluran baju saja yang dia sambut!

Spontan tangan Manisah ditarik ke hadapan, mendorongnya supaya lebih
dekat dengan Mokhtar . Hanya beberapa inci membezakan jarak antara mereka
tika itu. Manisah gugup, Mokhtar berdebar.

“Manisah .” Sepatah nama isterinya disebut. Sepasang mata milik isterinya
ditenung lagi. Cantik, betul-betul memukau hatinya.

Saat namanya diseru, perlahan-lahan Manisah mengangkat pandangan matanya
melawan sepasang anak mata redup milik Mokhtar .

“Saya.”

Perlahan-lahan tangan Mokhtar membuka ikatan niqab yang menyembunyikan
wajah isterinya selama ini. Terlerai ikatan itu, terserlah wajah Manisah
selama ini... dan sekali lagi. Mokhtar terpukau.

Subhanallah.

Itu sahaja yang mampu terungkap dek hati Mokhtar .

Cantiknya ciptaan tuhan. Dan cantik itu hanya untuk tatapannya seorang.
Mokhtar bersyukur dan untuk itu hatinya berlagu gembira.

“Tahu kenapa abang pilih Manisah ?”

Manisah cuma menggeleng. Sebentar tadi ketika wajahnya terserlah buat
pertama kalinya pada Mokhtar setelah lama mereka berpisah. Dia merasa
segan dan malu apabila Mokhtar tak lepas merenungnya, lalu dia
menundukkan semula wajahnya merenung lantai.

Perlahan-lahan dagu isterinya dipaut supaya bertentang mata dengannya.
“Sebab Fatin Manisah sememangnya dicipta untuk Mokhtar
Azfar. Tak ada yang lain dan...”

Manisah menanti bicara suaminya. Mata mereka bersatu...

“Dan?”

Mokhtar tersenyum sebelum bibirnya mula menyusun kata semula. “You like
a diamond precious and rare, not like a stone
found everywhere. Satu dalam berjuta... satu yang berharga. Dan satu
hanya untuk abang.”

Manisah tersenyum.

“Kita dah lalu fasa hidup bersendirian sebagai muslim... sekarang kita
kena bergerak ke depan. Ke arah baitul muslim
pula. Sebuah keluarga islam. Sayang sudi tolong abang supaya kita dapat
capai matlamat tu? Bina sebuah keluarga bahagia berlandaskan syariat?”

“Ada pilihan ke untuk kata tak nak?” Sengaja Manisah menyoal soalan
berbaur gurauan kepada Mokhtar .

“Nak kata tak nak ke?”

Manisah ketawa kecil. Sopan dan manja sahaja di pendengaran Mokhtar . “Tak
boleh kata tak nak. Dah sign kontrak janji mati depan tok kadi tadi
kena setia sampai ke syurga.” Manisah tayang sengih.

Mokhtar menggelengkan kepalanya. Boleh tahan loyar juga ya isterinya ni.

“Good, then...”

Kening Manisah terangkat sebelah. “Then?”

“Then... this.”

Tergamam Manisah bila dahinya menjadi tempat persinggahan bibir Mokhtar
tapi tak lama kemudian bibirnya kembali tersenyum semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience