BAB 6

Drama Completed 303

“Dah tu?”

“Tak… maksud Manisah anak kita tu makin hari makin sihat macam belon
kena pam dengan angin. Membesar dengan jayanya betul Fafa tu.”

Faham la Mokhtar sekarang apa yang dirisaukan sangat isterinya
tu. Manisah takut anak mereka gemuk!

Tiba-tiba Mokhtar ketawa besar.

“Abang ni kenapa? Fafa sihat, abang yang sakit. Tiba-tiba gelak besar.”

Mokhtar mengesat air mata yang mengalir di hujung mata.
“Kalau yang tu sayang risaukan, abang memang tak boleh nak
tolong. Gene sayang kuat sangat mengalir dalam badan dia. Tak ingat
badan dia besar macam siapa? Temah Tembun!”

“Abang!” Manisah menjerit bila disakat suaminya. Spontan satu cubitan
yang ala-ala ketam pedihnya hinggap di paha suaminya tu.

Mokhtar mengaduh sakit. Tapi tak lama kemudian Mokhtar ketawa semula. Dah
lama dia tak memanggil Manisah dengan gelaran ‘manja’ tu!

Manisah mencebik. Benci dengar gelaran hikmat itu.

“Tak sukalah gurau kasar macam ni.” Tangannya disilangkan ke dada sambil
memandang ke arah lain. Merajuk!

Mokhtar tersenyum. Dipegang bahu isterinya… “Ala, sayang ni… gurau sikit
aje. Janganlah merajuk. Tembun-tembun pun comel apa? Lagi tembun lagi
abang sayang.” Mokhtar masih mahu mengusik! Bukan nak memujuk.

Masamnya wajah Manisah masa tu macam cuka ditambah dengan asam. Masam
sungguh! “Abangggg…” suaranya sedikit menekan seperti memberi amaran.

“Gurau sayang. Tapi betul apa yang abang cakap tu. Tembun ke kurus ke
apa ke abang sayang kan? Fafa kan budak lagi. Memang normal la badan dia
macam tu. Lagipun, itu tandanya kita pandai jaga anak sampai anak
membesar dengan sihat. Kalau kurus kering tak ke orang cakap kita dera
anak kita tak bagi makan?”

Masam wajah Manisah dah berkurang…

“Sekarang tembun… esok lusa langsing la macam ummi dia. Sayang jangan
risau ok. Abang berani jamin nanti Fafa besar mesti dia cantik macam
sayang.” Matanya dikenyitkan pada Manisah .

Masam wajah Manisah berganti dengan gula pula. Manis betul senyumannya.

“Ha, senyum macam tu la lawa. Masam macam jeruk buat apa? Tapi kalau
sayang muka macam jeruk pun lawa.” Dicuit pula dagu
isterinya. Bibir Manisah menguntum senyuman, hatinya senang dengan
pujian yang diberi oleh suaminya. Suami puji, hati isteri mana tak
kembang setaman? Lagipun Mokhtar memang pandai gula-gulakan hati Manisah .
Tahu saja cara nak memujuk isterinya tu.

Tiba-tiba mereka terdengar Fafa menjerit kuat.

“Kenapa pula tu?” Manisah sudah berdiri diikuti dengan Mokhtar , mereka
terus mendapatkan anak mereka.

“Abang Ayin jahat! Fafa tak suka kawan dengan abang Ayin!” Tangannya
yang montel itu membaling barang permainannya ke dada budak lelaki yang
dipanggil Ayin itu.

“Eleh... budak manja! Sikit-sikit nangis. Memang dasar budak
perempuan.” Budak lelaki itu mengutuk Fafa. Ewah, dasar budak perempuan
ayat dia... dah memang si Fafa tu budak perempuan!

“Kenapa gaduh-gaduh ni?” Manisah datang menyoal.

Fafa terus berlari mendapatkan ummi dan ayahnya sebaik sahaja Manisah
dan Mokhtar menghampiri mereka.

“Ummi! Isk, isk, isk...” Fafa yang matanya sudah basah dengar air mata
memeluk umminya.

“Kenapa ni sayang?” Mokhtar mengusap lembut kepala anaknya.

Budak lelaki yang bernama Ayin tu terus pucat mukanya sebaik sahaja
nampak ummi dan ayah Fafa.
“Aa... abang... A.. Ayin... dia... pang... panggil Fafa montel!”

Tersedak terus Mokhtar .

“Eh, mana ada pak cik! Saya tak panggil dia macam tu pun...” Ayin
lekas-lekas membela dirinya.

“Dia tipu ayah... dia ejek Fafa montel tadi. Dia cakap Fafa badan besar
macam anak gajah.” Fafa mengadu.

“Eee, kaki mengadu la dia ni!” Ayin mengutuk.

“Biarlah... ayah kita. Suka hati kita la nak mengadu.” Fafa menjawab
sambil mengesat air mata di pipinya.

“Dasar budak montel yang kuat mengadu!” Terus Ayin mengejek Fafa.

“Dah la tak puasa tadi. Kita cakap dekat mak abang Ayin nanti.”

“Mana ada aku tak puasa!”

“Iya, kita nampak tadi dekat taman abang Ayin makan dekat bawah
gelongsor.” Fafa bercekak pinggang sambil menunjuk ke arah padang
permainan perumahan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience