Empat bulan kemudian …
Telefonnya berdering minta diangkat. Manisah yang baru keluar dari
bilik air segera melangkah ke meja solek. Spontan bibirnya mengukir
senyuman. Icon accept disentuhnya.
“Assalamualaikum.” Suara di sana menyapa terlebih dahulu.
“Waalaikummussalam.” Manisah menjawab, bibirnya masih setia dengan
senyuman dari tadi.
“You’re smiling right now, kan?”
“Eleh, ya ke? Confident je abang ni.”
“I can sense it, dear.”
Manisah senyum.
“Tahu kenapa abang suka tenung mata sayang?” tiba-tiba Mokhtar menyambung
bicara.
Manisah menggeleng. Mokhtar sangat random. Lepas kahwin barulah Manisah
nampak satu lagi sisi dalam diri Mokhtar
yang sangat rare. Tapi rare yang
Manisah suka. Bak kata Mokhtar sendiri, rare dan satu. Satu hanya untuk dia.
Mokhtar bila dia nak beromantik sangat unpredictable! Tak boleh nak
jangka. Kadang-kadang tu dia baru balik dari pasar pun Mokhtar boleh
sambut dia depan muka pintu rumah dengan kata-kata sayang dan cinta.
Gila tak terkejut! Tangan penuh dengan sayur, ikan bagai tiba-tiba suami
datang cakap I love you! Terkejut la juga Manisah . Tapi
lama-lama dia dah biasa. Mokhtar bila dia sayang, dia cakap terus. Itu
yang buat Manisah senang dengan suaminya, sikap telus itu buat dia
sentiasa rasa diri dihargai.
“Kenapa?”
“Sebab mata sayang selalu tersenyum pada abang. Like every time I look
into your eyes... there a shining bright smile that make me feel happy.
Rasa macam sampai ke bulan kalau nampak mata sayang senyum dekat abang.”
Manisah ketawa manja.
See! Mokhtar ada sahaja ayat gula-gula dia untuk Manisah . Mata boleh
senyum ke? Entah falsafah mana si Mokhtar ni kebas.
“Amboi, sejak bila yang mulut manis macam Don Juan ni? Romeo
pun surrender dekat abang.”
Mokhtar ketawa.
Sepi seketika antara mereka.
“Sayang...”
“Ya saya.” Manisah tak pernah sekalipun menyahut panggilan suaminya
dengan nada yang lebih kurang macam hurmm,
ha. Pasti dia menyahutnya dengan nada yang hormat. Penuh... ya saya.
“Abang tak sabar nak balik rumah kita? Abang rindu.”
Manisah ketawa lagi dengar suara manja Mokhtar . Mokhtar manja? Aha, tak
salah lagi...
“Abang rindu la dekat rumah kita, tv dekat rumah
tu. Bantal, katil, bilik air... semualah.” Mokhtar menyambung kata lagi.
“Rindu dekat barang-barang tak bernyawa tu je ke? Manusia yang
bernyawa tengah cakap ni tak rindu?”
“Eh, dekat manusia yang bercakap ni lagilah rasa rindu. Rindu dah
mengebu-gebu siap boleh ambil buat jadi bantal kabu berbantal-bantal
lagi tahu. Rindu.”
Manisah tak menjawab, dia cuma senyum. Faham perasaan suaminya. Tapi
apakan daya? Tuntutan kerja Mokhtar terpaksa memisahkan mereka buat
sementara waktu. Baru kahwin beberapa bulan dah terpaksa berpisah
seketika. Orang cakap darah tengah panas lagi masa awal-awal kahwin ni
memanglah dugaannya banyak. Kalau tak mampu tahan memang alamatnya
bergelora la rumahtangga tu.
“Insyaallah, tak lama lagi. Dah nak balik kan? Sabar kejap je lagi ya.
Nanti abang balik Manisah bagi surprise dekat abang. Sure you like it.”
“Really? What?”
“Ala, kalau cakap sekarang mana ada surprisenya. Nanti abang balik ok”
Suara Mokhtar sedikit hampa di hujung talian. “Okey, abang tunggu. It
better be a good surprise...”
Manisah menganggukkan kepalanya. Seketika kemudian dia tergelak kecil
manalah Mokhtar nampak kalau dia angguk ke geleng ke.
“Ok... yang ni bukan setakat better, tapi extraordinary
bombastic bumbum punya surprise Manisah nak kasi dekat abang.”
Ketawa besar Mokhtar dengar suara isterinya yang ceria itu. Hilang terus
rasa penatnya seharian bekerja bila dapat berbual dengan isteri
tercintanya itu.
“Abang, got to go... nanti borak lagi ya. Manisah tunggu abang
tau. Miss you. Assalamualaikum.”
“Miss you too. Waalaikumussalam.” Mokhtar menyambut salam suri di hatinya.
Share this novel