BAB 7

Drama Completed 303

Mokhtar dengan Manisah saling berpandangan... Manisah dah ketawa tapi
perlahan sahaja. Mokhtar pula menggaru belakang tengkuk dia. Macam Mokhtar
dulu kaki ponteng puasa! Manalah Manisah tak ketawa.

“Diamlah! Kau ni mulut murai la budak montel.”

“Kita tak montel la!” mata Fafa dah kembali berair. Nak menangis!

“Budak montel suka menangis. Macam kau la!” Ayin mengeji lagi.

Kali ni memang tak boleh tahan Fafa terus menangis. Lagi kuat
tangisannya dari tadi. Melihat anaknya yang menangis sungguh-sungguh,
Manisah memujuk Fafa supaya berhenti menangis.

Mokhtar hendak menegur perbuatan Ayin tu tapi...

“Fahrin! Kamu usik Faiqah lagi ya? Nanti kamu!” Dari jauh ibu Ayin a.k.a
Fahrin menjerit. Dari jauh Ayin dah nampak ibunya sinting lengan baju
sampai ke siku.

“Alamak! Mak singa dah keluar.”

Tapi sayangnya belum sempat dia cabut dari situ, ibunya terlebih dahulu
capai telinganya.

“Aduh... aduh... sakit ibu. Sakit telinga ni bu.”

“Tahu sakit... yang kamu buat anak Che Mokhtar sampai menangis ingat dia
tak sakit? Cepat minta maaf dekat Fafa.” Puan Nasihah memulas telinga
anaknya lagi kuat.

“Tak nak!” Ayin masih berdegil walaupun masa tu telinga dia dah memerah
dipulas oleh ibunya.

“Eh, budak ni...” Puan Nasihah hendak mencubit Ayin tapi...

“Kak Siha, dah-dah la tu... kesian si Fahrin ni. Biasalah tu budak-budak
bergaduh masa bermain. Tak apa Fafa ni nanti dia ok la.”

Puan Nasihah mengeluh. “Akak, bukan apa Mokhtar . Fahrin ni suka
sangat mengusik anak korang dua. Sampai menangis dibuatnya, kesian Fafa.
Serba-salah akak rasa.”

Mokhtar dan Manisah cuma senyum.

“Mak cik, tadikan abang Ayin tak puasa.”

Manisah terus menekup mulut anaknya. Tapi sayangnya dah terlambat. Muka
Ayin dah pucat tak berdarah... Ayin terus menjeling Fafa dengan
pandangan mata yang seperti nak makan Fafa.

“Budak montel ni!” Ayin menjerit. Fafa bersembunyi dibelakang ibunya
apabila melihat wajah Ayin yang sedang bengang itu. Perlahan-lahan dia
memandang wajah ibunya dan... Ayin menelan air liur. Gulp... mati aku!

“Budak montel apa? Kamu tak puasa ya Ayin? Siapa yang
ajar menipu ibu ni? Ibu cakap dekat abah nanti. Balik nanti kamu kenalah
dengan abah. Anak bertuah.”

“Ibu... ibu... jangan cakap dekat abah... please... please....” Ayin
dah merayu-rayu dekat ibunya.

“Simpan jelah please kamu tu. Tak laku sekarang! Dah besar panjang pun
ponteng puasa lagi. Nanti abah balik siap kamu. Cepat balik!” telinga
Ayin dipiat lagi kuat.

Ayin mengaduh sakit... tapi seiring dengan mulut yang tengah mengaduh tu
kakinya turut bergerak mengikut langkah ibunya pulang ke rumah mereka
yang berhadapan dengan rumah Fafa.

“Auch... auchh... sakit ibu... uuuu...” Ayin terus merintih. Tsssk!

Mokhtar dan Manisah sekali lagi
berpandangan... macam pernah tengok je scene drama ni... hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience