Nafas lemah di hela .Berita tentangnya telah di hantar kepada mama melalui e-mail .Dia sendiri ternanti-nanti apa reaksi mama .Tak di sangka mama begitu gembira !Papa tu sudah tentulah bersetuju sahaja ,Mia cuma mengharap mama akan membantah dan rancangan ini gagal .Tapi kenapa mama pun setuju ?Padahal cuma gambar lelaki itu sahaja yang di hantar . Bukan jasadnya. Kata mama lagi .
Mama gembira dengan berita ni ,sayang. Mama akan flight ke Malaysia
hujung minggu ni since kerja papa dah habis .
tak sabar nak jumpa Mia , I miss you a lot !
Isk ! Mama ni kenapa lah setuju. Mia kan masih belajar !
“Woi , muka macam cicak tertelan kapur je .Pehal ni? Dah slow talk ngan mamat tu?”sergah Yaya .
Mia mengangguk.Tak terkejut dengan sergahan Yaya kerana dari jauh dia sudah ternampak lenggok Yaya yang mesra alam itu menegur pelajar kolej mereka.
“Then, dia pulangkan tak IC kau tu?”
Mia menggeleng .
“Kau dah bisu ke hape ?” Yaya menggoncang tubuh Mia yang kelihatan lemah itu.
“Aku dah bertunang dengan dia Sabtu lepas .”
“WHATTT??!!!” jerit Yaya kuat .Pelajar yang berada di sekeliling mereka mula memandang ke tempat mereka .Yaya menekup mulutnya pantas sambil membuat isyarat meminta maaf.
“Kau tak boleh jerit kuat lagi ke?”tegur Mia bengang . Lebih kepada perasaan malu sebenarnya.
“Sorry sorry ,tindakan refleksi ”.Yaya tersengih ,”Eh, wait . Aku tak habis terkejut lagi ni . Dengan mamat tu ke ? Your perfect lover tu ?”sambung Yaya membuak-buak rasa ingin tahu.
“Kau tak payah nak perfect lover sangat lah dengan aku.Nak muntah hijau aku dengar.”
Yaya tersengih .Dah itu gelaran dia bagi . “Tapi kau dah fikir masak-masak Mia ? Ini masa depan kau tau ” Yaya memandang Mia dengan pandangan tulus.
Mia angguk. “ Dah nak hangus dah ,Ya. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi .Nak bantah Mama pun nampak happy je . Dia terima mamat tu seadanya .Berkobar-kobar nak siapkan majlis tu .Lain betul dengan majlis Bafiz dulu .”
Tiba tiba Yaya tersengih.
“Kenapa kau tiba tiba sengih ni ?”
“Tahniah !”tubuh kaku Mia di peluk .
“Weh ,apa ni?Rimaslah !” gumam Mia
“Kawan aku dah nak kahwin ,Of course lah aku happy sangat!”
“Kalau kau happy sangat kau jelah kahwin dengan dia” Cebik Mia
“Tak bolehlah nanti feel dia dah lain.Aku happy dengan kebahagiaan kau”
“Kebahagiaan?” Mia terjeda .Bahagia ke aku?
“Nanti Mr.Trex kena jadi laki kedua.Dah tak boleh peluk-peluk selalu” Usik Yaya. Faham benar dengan teddy bear kesayangannya itu.
“Yihh.. pandai je kau” Rambut Yaya yang ikal itu di tarik .Sejenak dia termenung, memikirkan Adam. Kita tak ada jodoh dah ,awak .
Yaya tergelak nakal apabila melihat wajah Mia yang merah .Malu lettew.
Share this novel