Oh my God ! Macamana aku boleh jumpa mamat sewel ni .Apa dosa aku ,Ya Allah? Nafas yang menderu laju dikawal.Dia memandang lelaki itu yang masih tersenyum .Senyum yang jenis mengejek .Yang mana-mana orang tengok macam nak sepak keluar dari muka bumi ini. Macam sekarang inilah perasaan Mia apabila melihat lelaki itu.
“Gila! You’re totally crazy !”
“Yeah ! I’m really crazy about you”
Mia mencerlungkan matanya ke arah lelaki itu. Lelaki itu tersenyum lagi . Semakin membakar jiwa Mia .Geramnya aku !
“Nah, amik ni ,and call me kalau awak dah berubah fikiran.Saya tunggu ” ucap lelaki itu lantas meninggalkan Mia terpinga-pinga dengan secebis kertas.
‘Your perfect lover’
Cehh ! Tolonglahh..dasar players! Hampir sahaja Mia merenyukkan kertas itu ,namun memikirkan dia akan menjadi pendatang asing selama IC nya di pegang lelaki gila itu ,niatnya segera ditarik.Tak rela aku !
****
“Apa? Dah 2 minggu baru nak cerita dengan aku ? Melampau lah kau ni Mia”
“Alahh sorrylah. Aku tengsi sangat .Aku blur.Tak tahu nak buat apa.Masalahnya dia ajak kahwin , Kau ingat macam aku main kahwin-kahwin dengan Adam masa kecik-kecik dulu ke ?”
Yaya terus tersenyum.Dia suka mendengar kisah kanak-kanak Mia yang akrab dengan seorang mamat yang bernama Adam,3 tahun lebih tua dari mereka .Sangat comel !Sering waktu nya di bazir semata-mata ingin mendengar cerita Mia yang tidak pernah lekang dengan nama Adam dari bibirnya.
“Yang kau senyum ni kenapa? Suka eh tengok aku tengsi macam ni?” tebak Mia.Yaya pantas menggeleng.
“Mana ada.Eh kau ni, sensetif betul lah.”
“Habis sekarang ni aku nak buat apa? Aku dah tak boleh nak fikir ni. Buntu dah kepala otak aku ni.”
“Dia ada bagi no telefon ke ? Or something else yang boleh buat kau terus contact dengan dia?”
“Ada!” jawab Mia semangat .Yaya terkejut.Ek eh minah ni dah kenapa terlebih excited ? Hehe..Mia tersengih menutup mulutnya,
“Great! Kau call dia and slow talk with him”
“Tak naklah…”
“Then kau nak lah terus jadi warga asing ?”
“Tak nak jugak ..”Jawab Mia perlahan.
Bukan dia tak tahu betapa payahnya procedure nak membuat IC,banyak memakan masa , dan baginya membuang masa ,Lebih-lebih lagi jadual kuliahnya kini lebih packed .Nafas di hela. Mamat Gila ni betul-betul menyusahkan hidup aku lah .Huru-hara jadinya ! Menyesal aku berbaik hati bagi Kad pengenalan aku untuk dia daftarkan.Huwaa..Mama tolong Mia !!!!
“Then kau wajib .Aku ulang ye .. wajib !Jumpa dia and slow talk . discuss elok-elok .Okay?”
“Okay..” jawab Mia separuh hati.
****
Jumpa saya kat Tasik Titiwangsa pukul 3 petang ni.I don’t care either you busy or not .This is about my life.Not yours !
Dengan penuh kata-kata emosi mesej itu di hantar, lantaklah kalau kau nak tergelak guling-guling pun kalau baca mesej tu .Ada aku kisah?
Share this novel