BAB 2

Romance Completed 8000

Mia bergegas ke keretanya,.Mak Jah yang sedang menyiram pokok bunga menyapa Mia yang nampak tergesa-gesa.

“Mia nak pergi mana ?”

“Nak keluar kejap,Mak Jah .Tapi Mia balik awal .Lagi satu Mak Jah masakkan Mia sambal udang boleh ? Teringinlah ” Mia meminta lembut dan manja .Perut kempisnya di tepuk perlahan.

Mak Jah angguk kepala “ Boleh .Hati-hati keluar tu . “

“Okay , Assaalamualaikum” Sempat tangan Mak Jah di salam sebelum dia meluru ke Suzuki Swift Biru Metalik .Enjin dihidupkan ,remote pintu pagar di tekan ,lalu kereta itu terus menderum membelah jalanraya.

****

Seronok bertawaf di Mid Valley selama 3 jam non-stop Mia mula penat.Hatinya tiba-tiba menari-nari mengajaknya ke Tasik Titiwangsa pula.Seronok kalau layan jiwang sorang-sorang ni.Dia tersenyum seorang diri .

Tangannya terus menyeluk begnya,meraba mencari kunci kereta yang di campak 3 jam lepas. Shopping bag yang terasa menganggu di alihkan ke tangan kirinya.

“Hisyyh,mana pulak kunci ni?” bebelnya perlahan .Mata Mia turut menala ke arah beg tangannya.

BUK !

Mia terasa tidak jejak ditanah,menjerit dia apabila dia tiba-tiba di langgar dari arah hadapan.Sakitnya jangan ceritalah apabila dia terjatuh terduduk di tar yang panas itu.Gelap seketika dunianya.

“Aduh! Buta ke apa ?Tak nampak aku yang tengah jalan ni ke?Punyalah gedabak parking lot ni aku jugak yang kau nak langgar ?” Mia membebel geram.

Diam.

Erk ? Apa yang langgar aku tadi ? Kenapa diam je ? Takkanlahhh … Isyhh, Mana ada petang-petang macam ni .Pandangan terus di tala ke atas .Rate jantung terus melantun double daripada biasa akibat sakit hati yang melampau apabila melihat seorang lelaki yang selamba je memandangnya tanpa huluran bantuan ataupun secebis kata maaf.

“Buta eh? Tak reti tengok jalan ke ?” ulang Mia bengang .

“Siapa yang buta sekarang ni ?”soal lelaki itu kembali .Tenang tanpa riak.

Pulak ? Aku yang kena? Mia mencerun pandangan ke arah lelaki yang smart berkemeja putih dan berslack hitam itu .Sekelilingnya dipandang.Kosong.Dia mula bangun dengan susah-payah.Tanpa bantuan lelaki itu sedikit pun ! Dasar hati kering. Sempat dia mengutuk lelaki itu.

“Awak lah !” jawab Mia tak nak kalah .Tali beg yang terjuntai di tarik rapat ke bahu .

“Kalau saya buta,awak lah yang salah sebab saya tak nampak jalan tapi awak nampak kan ?”

Erggh! Mamat ni kan… Lantak kau lah! Mia terus berpaling dan berlalu.Tiba-tiba tangannya di tarik .

“Sakitlah,gila!” tempik Mia kuat sambil merentap tangannya.

Lelaki itu terkedu apabila free-free sahaja dia di gelar gila.Aku tarik slow je kot .Apa yang sakitnya?Baru nak minta maaf .Garang betul minah ni.Terbantut niat suci dalam debu aku ni.Dia pandang wajah cemberut Mia .Sesekali gadis itu mengerutkan dahinya.Sakit sangat ke ?

Mia mengibas-ngibas tangannya .Mukanya semakin berkerut apabila tangannya terasa pedih ,telapak tangannya dipandang. Bulat matanya melihat luka kecil di tapak tangannya.Ohh, tadi tak terasa pun?

“Kenapa ?”soal lelaki itu sambil menarik tangan Mia dengan selambanya.Matanya turut membulat memandang luka yang terdapat di tangan Mia .

Dengan muka masam mencuka,Mia menarik tangannya.Berbakul kutukan diberikan kepada mamat yang kurang sivil itu .Suka-suka hati dia je nak pegang tangan aku.Ingat tangan aku ni apa?

“Jomlah pergi klinik”

Mia terkejut gaya macam nampak gajah tengah terbang .Seketika kemudian dia senyum sinis .Cehh, buat apa pergi klinik ? Bukan patah pun tangan aku ,luka kecik je .Karang doktor tu tergelak guling-guling pulak tengok luka kecik macam ni pun nak pergi klinik. Ini tampal plaster pun boleh .Oleh sebab rumusan yang di buat masuk dek akal dengan yakinnya Mia menggeleng laju.

“Kenapa ? Don’t worry. Saya tanggung ,Mana tahu nampak je kecil tapi ada luka dalaman .Jomlah.” ajak lelaki itu lagi.Kali ini sekali lagi tangan Mia di tarik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience