Mia berteleku di sudut bacaan sambil memegang majalah CLEO .Memang sudah menjadi kebiasaannya apabila hujung minggu dia akan menghabiskan masa di bilik bacaan yang disediakan papa untuk kegunaaanya .Dia merenung majalah CLEO yang tidak bertukar-tukar muka suratnya sejak 15 minit yang lepas .
Sesaat kemudian ,Mia mengeluh , dia tertoleh ke kiri dan ke kanan mencari bahan untuk menghiburkan hatinya , mata bulatnya tiba-tiba menangkap smart phone miliknya nya . Lantas iPhone 6 itu di capai dan no.telefon Yaya terus di tekan laju.
“Assalamualaikum.” sapa Yaya di hujung talian.
“Waalaikumussalam, Ya . Kau kat mana ni?” soal Mia tidak menyempat-nyempat .Hujung bajunya dipintal-pintal tanda kebosanan yang terlampau.
“ Aku kat rumah abang aku lah .Apa hal,beb?” Suara Yaya tenggelam timbul dek suara budak kecil yang sedang menjerit.
“Kau jaga anak abang kau ke ?” soal Mia lagi .
Yaya mengangguk.Ek eh.. dia bukan nampak pun “ Haah..”
Mia mengeluh lagi.
“Baru nak ajak kau keluar.Isk!”
“Sorry, my dear.Hari ini tak boleh lah .Kena jaga anak sedara aku ni . Kakak ipar aku ada hal.Dari pagi tadi keluar tak balik lagi .”
“Woo, sejak bila kawan aku yang kaki shopping ni sanggup reject ajakan aku ni ?” usik Mia nakal.Bukan dia tidak kenal sikap Yaya yang pantang di ajak berjalan .Lebih-lebih lagi kalau di ajak bershopping .Memang dia yang paling semangat.
Yaya tergelak “Sejak upahnya lumayan.Tapi penat jugak aku jaga budak-budak ni .Degil betul.Macam papa dia !”
“Abang kau jugak!”
Yaya tergelak lagi .Tangan anak saudaranya,Iman Arisya yang gigih ingin mencapai telefonnya di tarik lembut ,dan menunjukkan amaran konon-konon ingin menggigit.
“Takpelah,,aku keluar sorang-sorang jelah kalau macam tu “suara Mia mula kedengaran sayu .Sebenarnya lebih kepada meminta simpati.
“Eleh.. kau merajuk ke, Mia ? Nanti kita keluar sama-sama aku belanja eh.” Nur Syazliya Farhana mula di buru perasaan bersalah.
“Janji ?”
“Ye janji. By the way , sorry tau Mia.bukan tak nak..tapi..”
“Tak apa tak apa..aku tak kisah lah. Ok lah aku tak nak ganggu kau , dari tadi aku dengar Iman tu asyik menjerit je . Assalamualaikum”
“Sabar jela, si Iman ni berebut mainan dengan abang dia ,Pening aku .Okay lah Waalaikummusalam ,”
Gagang di letak .Nafas di hembus kuat .Dia memandang bilik bacaan yang di renovate khas oleh papanya kerana kegilaannya terhadap komik dan novel.Arghh! Tak boleh jadi ni.Bosan tahap nak membunuh orang dah ni .
Lantaklah aku nak jalan sorang-sorang pun .Mia terus bangun berlari ke biliknya .Candy pants berwarna turqoise dan kemeja longgar bewarna putih di capai, dengan pantas dia bersiap.
Seketika kemudian Mia tergelak s0rang-sorang ,Apa lah kau ni Mia , Bersiap super duper laju macam janji dengan orang je kan ?Sambil tersengih dia menepekkan bedak kompak ke wajahnya ,lip gloss bewarna merah ceri di capai dan di calit ke bibirnya, eyeliner dicalit nipis di matanya.
DONE!
Share this novel