Jam ditangan dipandang . Eh.. aku pun tak perasan dah nak pukul 3 .Ah sudah . Dia pantas mengemas bukunya sebelum dia berlalu ke keretanya.
Sudah hampir 15 minit Mia tercanguk di hadapan tasik .Menanti mamat Gila itu .Hesyh ,Bosan betul lah tunggu dia ni .Kalau aku tahu dia lambat ,aku bawa dah keropok super ring tadi siap pakej bentang tikar lagi . Tak ada lah rasa bosan macam ni. Lambat betul ! Dengusnya perlahan.
“Assalamualaikum” sapa satu suara ,
Mia menoleh .Berkerut dahinya apabila di sisi mamat gila itu berdiri seorang gadis .Salam di jawab di dalam hati .Sempat dia menjeling lelaki itu sebagai amaran sebab lambat .
“Nadia,ini Kak Damia tapi boleh panggil dia Kak Mia je ”Lelaki itu memperkenalkan .
“Nadia “ Mia berjabat tangan dengan gadis itu .Senyum terukir manis walaupun hatinya sedang terbakar dengan lelaki dihadapannya itu.
“Nad ,sorry abang nak cakap something dengan akak ni, can you take a walk for a while?”
“Okey, tak apa . Abang berbual lah dulu Nad tunggu dalam kereta.”ujar gadis itu lembut.Dia sempat melemparkan senyuman ke arah Mia sebelum berlalu.
Langkah gadis itu di perhati sebelum dia menala wajahnya ke arah Mia.
“Akhirnya awak dah berubah fikiran.So awak setuju lah ni ? ”
“No!” Mia menggeleng laju .
“Err tapi..”
“Saya masih muda ,Baru 21 years old. Belum habis study and saya tak rasa saya dah bersedia nak memikul tanggung jawab tu . It too heavy for me” ringkas jawapan Mia memintas kata-kata lelaki itu.
“Apa salahnya awak mencuba?”
“Ceh.Awak ingat ni tester make up ke nak mencuba-mencuba ?Kalau awak rasa awak desperate sangat nak kahwin awak kahwin jelah dengan budak perempuan tadi tu .”
Lelaki itu ketawa .Tapi hambar bunyinya .Mia mengerutkan dahinya .Aku ada buat lawak ke sampai mamat gila ni tergelak?
“Apahal awak ni? Sawan ke?”
“Itu adik saudara sayalah .Tadi saya tengah teman dia beli barang .Awak, dia muda lagi.Baru 18 tahun.Takkan lah saya nak kahwin dengan dia .Lagipun orang yang saya nak kahwin tu awak”
Mia mengeluh. Serius mamat ni tak betul . Terputus urat saraf tapi tak sedar agaknya .” Habis saya tak muda?Dah tua la maksud awak?”
“Awak dah nak graduate.Lagipun awak jangan risau saya akan pastikan makan pakai awak terjaga , dan awak takkan kebulur sesaat pun lepas kita kahwin nanti” suara lelaki itu kedengaran lembut tetapi serius.
Mia menelan air liurnya berkali-kali.Mamat ni betul serius ke?Haih ! seram aku jadinya .Sumpah dia tidak kenal langsung mamat di hadapannya ini.Jadi kenapa dia boleh terlibat dengan lelaki ini? Mereka bertemu pun secara tidak sengaja kerana lelaki ini terlanggarnya 2 minggu lalu..Mia mula merasa peluh dingin merenik di dahinya.
“Saya tak fahamlah kenapa awak beriya-iya betul nak kahwin dengan saya.Cuba awak explain.Awak cuba pergunakan saya ke?”soal Mia penuh syak wasangka
Mamat gila itu tersenyum .Entah kali ke berapa.Yang pasti hati Mia sentiasa panas melihat senyuman itu.Orang bukan main serius dia boleh senyum-senyum lagi.
“Okay listen..” Mamat gila itu melabuhkan punggungnya di sisi Mia.
“Actually my mom dah arrange kan married untuk saya dengan perempuan pilihan mama.Saya cukup tak berkenan sebab dari gaya dia , cara dia, dia bukan calon isteri yang terbaik untuk saya.Saya tahu perangai dia ,mama tak tahu .
So,saya bantah .Mama setuju dengan syarat saya dapat bawa seorang gadis yang menepati cita rasa mama saya dalam masa seminggu.And saya terjumpa awak ,saya rasa awak jodoh yang terbaik untuk saya .Walaupun saya tak berapa nak kenal awak tapi jauh tersudut dalam hati saya tahu pilihan saya kali ini adalah tepat ”
Share this novel