BAB 3

Romance Completed 8000

“Hesyyh ! Tangan awak ni memang dah cukup insurans ke ?Asyik menggatal je nak pegang tangan orang ?” dia mengerling tangannya yang sekali lagi menjadi mangsa.

“Habis awak degil sangat .Apa susahnya.Ikut jelah .saya tak de niat jahat pun.” Tanpa kata maaf lelaki itu membela diri.

Apa buktinya?Mia termenung 8 saat ,Lelaki ini sungguhlah aku tak kenal dia and aku tak faham kenapa tetiba dengan gigihnya dia ajak aku ke klinik .Boleh di percayai ke ?

“Okey . in a short word,walaupun awak yang langgar saya, awak jatuh and tangan awak terluka tapi saya yang rasa bersalah .So, ni salah satu cara saya nak mintak maaf .Kita nampak je kecil tapi who know ada effect dalaman,” Lelaki itu memberi alasan sekali gus menjawab pertanyaan Mia.

Mia termenung lagi .Ceh tetap nak mention aku yang langgar dia. Hampagas kelapa punya mamat .Tadi bukan main terdiam seribu bahasa tak nak tolong tak nak minta maaf .Ini beriya-iya pulak sampai nak bawa ke klinik . Dia menjeling lelaki dihadapannya itu. Hmm.. tapi handsome boleh tahan juga dia ni . Sempat Mia menyembunyikan senyum nakal.

“So should we?”

Akhirnya lambat-lambat Mia mengangguk .

****

“Everything is okay.Cuma luka kecil je.Tak ada luka dalaman pun “ujar doktor yang tercatat nama Ilham di tag namanya sambil tersenyum mesra.

Haa kan ? Taknak percaya .Fuhh. tapi lega jugaklah. Risau jugak aku kalau ada side effect ke .Malang bukan boleh di bau kan ?Dia memandang ke arah lelaki yang sudah terangguk-angguk macam ayam mematuk jagung.

“Thank you awak” ucap Mia ketika mereka sedang berjalan menuju ke kereta.

“Thank you aje ?” Automatik Mia terhenti.Dipandang lelaki itu dengan wajah blur.

Soalan ke tu ? Dah dia nak apa ?

“Habis tu awak nak apa lagi?”soal Mia tidak puas hati .

“Saya nak awak kahwin dengan saya,boleh ? ”Selamba sahaja ayat itu meluncur keluar. Wajah masih tenang tanpa riak.

“APA?” Mia sudah menjerit terperanjat .Mulutnya ternganga luas ,mata bulatnya tajam menikam mata lelaki itu .3 saat kemudian dia mendengus. Mamat ni memang …memang memang tak layak nak di buat baiklah !Aku baru nak lembut hati dengan dia then dia nak main-mainkan aku lagi .

“Kenapa ?” selamba lelaki itu menyoal

“Kenapa awak tanya? Awak jangan nak jadi gila lah !” bentak Mia tidak puas hati .Rasa ingin di cekik sahaja leher lelaki itu.

“Siapa yang nak jadi gila? This is reality .And I’m serious ”ucap lelaki itu .

Gulp!Mia menelan liur. Yeah .that right! This is reality , and the reality is you’re seriously crazy !

“Saya tak kenal awak pun. Celah mana timbul tiba-tiba ajak kahwin. Awak ingat soal kahwin ni macam main pondok-pondok ke apa ?” Wajah Mia mula terasa bahang.

Mia terus menpercepatkan langkahnya .My God ,aku dah tersilap berbaik dengan orang . Huh muka je nampak berkorporat tapi otak senteng .Suka hati kau je nak ajak aku kahwin sesenang ni? Ingat aku anak kucing ?

“Awak!” jerit lelaki itu .

Mia tidak menoleh tidak juga menyahut .Jeritlah sampai urat kau terkeluar pun .Memang aku tak akan layan . Lelaki sewel . Tiga suku . Separuh tiang . Segala adik-beradik penyakit gila itu disebut .

“ Nur Damia Sofea Binti Danial Izhan “ jerit lelaki itu lagi

Kali ini langkah Mia terhenti .Aku macam terdengar nama aku kena panggil. Yeke ? Tapi suara mamat tu ? Serious lah mamat tu panggil aku ? Serious lah ?Macamana mamat tu boleh tahu nama aku entah ?

Nama penuh pulak tu ?! Macam-macam soalan menerjah masuk ke dalam kepalanya .Mia menoleh laju ,Menggelabah cicak jadinya apabila kad pengenalan nya berada di tangan lelaki itu !Macamana…. Oh ya, kat klinik tadi dia yang daftar nama aku .Dia menggigit bibir.

“Sedap nama awak” Lelaki itu tersenyum nakal.

“Bak lah saya punya IC !” Mia menjerit geram.

“Mana boleh! Selagi awak tak accept my proposal selagi tulah saya tak akan bagi ?” IC itu terus di selit ke dalam poket seluarnya. Kening diangkat tiga kali dengan senyuman masih terukir di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience