“Siapa nak sedar ? Dah lah baru kenal tiba-tiba ajak kahwin”
“Dan Mia pun tak pernah tanya nama Am kan ? Sebab tulah benda ni jadi makin rumit”
Mia terdiam.Kata-kata Adam ada betulnya sebab memang dia tak pernah ambil tahu tentang lelaki itu selama 4 bulan mereka berkenalan .Yang dia tahu dia hanya menggelar Adam dengan panggilan Mamat Gila .
40 kali sebut betul-betul gila nanti .Tak pasal-pasal jadi janda segera. Mia segera beristighfar . Minta jauh lah !Bahkan,dia bukanlah tunang yang boleh bekerjasama kerana segala urusan perkahwinan terbeban di bahu lelaki itu seorang baik dari segi hantaran ,baju,cincin dan sebagainya sebagai syarat dia setuju dengan perkahwinan ini. Mia tertunduk ,Cadar katil di kuis-kuis perlahan.
“Dahla tak tanya nama Am , urusan perkahwinan pun tak tolong.Kita je yang terkontang-kanting buat seorang diri.Nasib baik lah ada mama “ kata-kata Adam menyiat-yiat hati Mia .
Adam melirik ke arah isterinya .Sengaja dia berkata begitu untuk melihat reaksi Mia ,mana tahu rasa bersalah yang amat sangat ,lepas tu dipeluknya aku lagi, untung jugak ! Adam tersengih nakal.
Mia menangis lagi ! Kian rancak dan semakin laju aliran air matanya .Adam terkelu .Bahu Mia di pegang .
‘I’m sorry for what I’ve done to you before this” ucap Mia lirih .
Adam terdiam.Dia pulak yang merasa serba salah .
“Sayang, Am gurau je .Am tak kisah ,Am sendiri yang beriya-iya nak kahwin dengan Mia ,so kenalah tanggung akibatnya kan ? Am tahu Mia terkejut dengan perkahwinan ni.Ekspres sangat.! Tapi sejak Am jumpa Mia kat lot parking tu Am dah tekad taknak lepaskan Mia , memang Am tak cam Mia first-first tu ,tapi bila kat klinik tu , masa Am mintak IC Mia, Am terkejut sangat baca nama penuh Mia .
Am terlalu happy sampai hasrat nak kahwin dengan Mia spontan keluar dari mulut Am. And Am bersyukur sangat sebab hati Am tergerak untuk bawa Mia ke klinik .Petunjuk mungkin .”
“Am ,ingat nama Mia ?”
“Mahu nya tak ingat .Am sanggup tutup pintu Am untuk semua perempuan selama 13 tahun ni sebab hati Am cuma untuk Mia seorang je”
“Yelah tu ..” Ceh, drama gila ayat .Saje lah tu nak mebuai perasaan aku.
“Betul lah .Bila Am dah jumpa Mia tu, Am terus cakap dengan mama. Am cakap Am jumpa Mia , Mama pun terus okay sebab mama tahu yang Am hanya sukakan Mia. ”
“Kata mama dah rancang perkahwinan Am dengan perempuan lain?”
“Sebenarnya tak pun. Am saje buat cerita .Habis takde alasan lain dah .Tu je cara nak kahwin dengan Mia .Tau jelah.Am ni kan jujur .”Adam tersengih memuji dirinya .
Mia mencubit lengan suaminya sambil mencebik.Perasan je mamat ni!
“Auchh! Sakitlah ,sayang “
“Main-mainkan?”
“Haruslah! Nak dapatkan Mia punya pasal apa pun sanggup Am lakukan ,mama Mia pun sebenarnya dah tahu.Sebab tu dia setuju and dengan selambanya ,tambah cepatkan tarikh pernikahan kita .” cerita Adam lagi.
“WHATT?” Mia separuh menjerit.Dia memandang Adam tak percaya.
Oww! Semua family dia and family aku tahu? Aku sorang jelah tak tahu la eh ?? Oh my God ! sabar jelah kan .
“ Tapi kan bagus juga Mia tak uruskan perkahwinan kita ni”
“Kenapa pulak?”
“Yalah . Am rasa dah cukup pengalaman ni.Nak tambah seorang lagi pun dah tak rasa kekok lepas ni” usik Adam
“Adam !!”Mia membulatkan matanya.Dia berdiri ingin memukul Am yang sudah pun bertindak menjauhinya.
Am sudah mengekek ketawa melihat wajah cemberut Mia.Comel !Tiba-tiba Mia terpijak kain kurungnya yang agak labuh itu ,hampir sahaja dia terlentang ,mujur Adam sempat menahan .
Dup dap dup dap .. jantung mereka mula hyper lagi aktif saat mereka bertentang mata .Muka Mia merah apabila wajahnya begitu hampir dengan Adam, cepat-cepat dia berdiri tegak , berpusing dan ingin berlalu .
Langkah kaki Mia terkaku apabila pinggangnya di peluk dari belakang ,
“Terima kasih ,sayang .Sebab sudi jadi suri hidup Am, sebab setia menanti Am. I’ll appreciate you for the whole of my life . And I love you”
Mia tersenyum mendengar kata-kata Adam.dia memusingkan badannya, leher Am di paut mesra,dengan senyuman dia berkata
“Terima kasih jugak,sayang .And I love you too..” perlahan namun jelas di telinga Adam.
Adam tersenyum .Meruntun jiwa Mia lagi .Ya itulah senyuman yang sangat di rindukan 13 tahun lepas , senyuman yang sebenarnya telah mewarnai hidupnya 4 bulan lalu.Senyuman yang dirasakan sangat menjengkelkan hatinya kerana terasa di permainkan tetapi sebenarnya sangat diimpikannya !
Adam meraih tubuh Mia, Di peluk erat tubuh itu.Mia membalas sama. Terima kasih ya Allah atas kurniaan-Mu ini .Hamba bersyukur .Ada hikmahnya di sebalik semua kejadian ini .Terima kasih atas semua petunjuk yang engkau berikan ,Semoga perkahwinan kami berjalan lancar dan sentiasa di berkati oleh-Mu .Amin .Doa Mia lagi .
Share this novel