Completed
1520
-Jam 12.30 tengahari
(Di kantin sekolah)
AMIR
"Weh Samad! Aku dekat sini."
Amir melambai-lambai tangannya kearah Samad yang sedang mencari Amir.
SAMAD
"Oh, dekat situ rupanya kau..."
AMIR
"So, apa cerita tentang buku nota tu? Kau ada dengar suara lagi ke?"
SAMAD
"Sebelum kita jumpa dengan Intan, suara itu ada datang...dia suruh aku cari Intan.
After kita jumpa Intan sabtu hari tu, suara itu datang balik and suruh aku cari intan."
AMIR
"Oh, ya ke? Bukan ke kita dah jumpa Intan siang tu?"
SAMAD
"Hahahaha, kau pun pelik jugakkan. Semalam aku ada jumpa Intan dekat bus stop tapi Intan lain."
AMIR
"Maksud kau apa? Intan mana pulak ni?"
SAMAD
"Intan yang kita jumpa sabtu tu namanya Intan Kaisara. Semalam yang aku jumpa tu, kembar dia lagi sorang..Intan Sarafina."
AMIR
"Oh...ada kembar rupanya. Jadi suara yang suruh kau jumpa Intan tu maknanya Intan Sarafina la."
SAMAD
"Haah, yalah tu. Hah lagi satu, semalam aku tunjuk buku nota tu dekat Intan Sarafina, bila dia pegang je buku tu....tiba-tiba muka dia nampak macam terkejut sangat."
AMIR
"Terkejut?"
SAMAD
"Terkejut macam dia nampak sesuatu bila dia pegang buku tu. Sesuatu yang buruk berlaku."
AMIR
"Seriuslah?! Habis tu apa jadi?"
SAMAD
"Dia kata Aisyah dalam bahaya. Tapi dia tak sempat nak ceritakan apa terjadi sebab mama dia dah sampai."
AMIR
"Ohhh, begitu. Nanti kau dah tahu cerita dia...kau bagitau aku ya. Hehehe."
SAMAD
"Baiklah Detektif Amir."
Beberapa jam kemudian...
Kringgggg!!!
(Di dalam kelas 5 Dahlia)
CIKGU LAILI
"Okay murid-murid, jangan lupa pesan cikgu. Pastikan siap homework yang cikgu bagi. Jumaat ni kena hantar dekat meja saya. Okay class dismiss. Happy holiday esok."
MURID-MURID
"Baik cikgu!"
SAMAD
"Akhirnya dah boleh balik...Intan! Aku kena jumpa dia." (bicara dalam hati)
Di perhentian bas sekolah.
SAMAD
"Hai Intan!"
INTAN SARAFINA
"Hei Samad...duduklah."
SAMAD
"So apa cerita semalam? Kenapa muka awak terkejut sangat..."
INTAN SARAFINA
"Ohh, pasal tu...sebelum tu, saya kena ceritakan yang saya ni sebenarnya ada kelebihan. "
SAMAD
"Kelebihan? Macam ada kuasa ke apa?"
INTAN SARAFINA
"Hahaha, lebih kurang macam tulah. Saya boleh nampak apa yang berlaku kalau saya pegang barang. Tapi benda tu berlaku kalau saya nak tengok. Kalau pegang saja-saja, takda apa pun berlaku."
SAMAD
"Ohh, macam tu. Kembar awak pun ada kelebihan macam ni jugak ke?"
INTAN SARAFINA
"Ohh yang kakak saya dia tak ada benda semua ni...saya seorang je yang agak pelik sikit dalam family. Hanya family saya, Aisyah dan awak je yg tahu pasal kelebihan saya."
SAMAD
"Ohh, jadi Intan nampaklah apa yang terjadi dekat Aisyah?"
INTAN SARAFINA
"Haah, saya nampak Aisyah macam dikurung dalam bilik. Keadaan dia macam tak terurus. Lagi satu, saya dengar suara lelaki jerit-jerit dekat dia."
SAMAD
"Jerit? Nampak ke muka lelaki tu?"
INTAN SARAFINA
"Tak...cuma suara dia je yang saya dengar."
SAMAD
"Lagi apa yang awak nampak??"
INTAN SARAFINA
"Saya nampak ada seorang perempuan ni pakai tudung corak harimau bintang. Tapi muka dia samar-samar. Lepas tu, saya dengar suara Aisyah minta tolong and then suara tu hilang."
SAMAD
"Jadi apa kita nak buat?"
INTAN SARAFINA
"Saya ingat nak cari rumah Aisyah dekat Shah Alam. Samad, awak ikut sekali dengan saya boleh?"
SAMAD
"Boleh-boleh. Bila kita nak pergi?"
INTAN SARAFINA
"Memandangkan esok public holiday...jadi saya cadangkan kita cari Aisyah esok. Okay tak? Kita jumpa dekat taman permainan yang sebelah Masjid Abu Bakar. Maybe...after breakfast. Awak tahu kan tempat tu?"
SAMAD
"Ohh, tahu tempat tu. Okay jumpa esok."
Share this novel