SAMAD
“Weh, aku ada terjumpa sesuatu dekat dalam bilik stor sukan.”
AMIR
“Hah, apa benda? Bagilah tahu cepat..”
SAMAD
“Ada orang tertinggal buku nota..Bila aku check, ada nama pemilik dan sekali dengan kelas dia.”
AMIR
“Oh ye ke? Aku fikir apa bendalah tadi. So, bila kau nak pulangkan buku nota tu?.”
SAMAD
“Esoklah kot,sebab sekarang ni dah pukul 6.30 petang..rasanya bas aku kejap lagi nak sampai dah”
AMIR
“Okay, jumpa esok. Bye”
Samad terus berlalu pergi apabila bas sekolah sudah tiba.
(Keesokan Harinya di Sekolah)
Knock,knock,knock!!! Samad mengetuk pintu bilik darjah 5 Cempaka.
AMIRA
“Ya, nak jumpa siapa ye?”
SAMAD
“Boleh saya jumpa dengan Aisyah..buku nota dia ada dekat saya.”
AMIRA
“Aisyah? Rasanya dalam kelas ni, tak ada nama Aisyah..Awak salah kelas kot.”
SAMAD
“Eh, ye ke? Tapi dia ada tulis sekali nama kelas dia dalam buku nota ni..Kelas 5 Cempaka.”
AMIRA
“Hmmm..Tapi dalam kelas ni memang tak ada nama Aisyah.”
SAMAD
“Oh, ye ke? Tak apalah macam tu.”
Semasa waktu rehat, Samad sedang mengelamun di kerusi panjang sambil memegang buku nota yang ada pada tangannya.
AMIR
“Weh, kau dah bagi ke buku nota dekat dia?”
SAMAD
“Belum. Ada dekat aku sekarang.”
AMIR
“Laaa, aku ingatkan kau dah bagi dekat orangnya.”
SAMAD
“Aku dah pergi kelas dia tapi..peliklah.”
AMIR
“Asal? Dia tak datang ke hari ni?”
SAMAD
“Bukan tak datang, masalahnya orang dia pun tak wujud dalam kelas tu.”
AMIR
“Maksud kau apa?”
SAMAD
“Maksud aku..nama si Aisyah memang tak ada dalam kelas tu.”
AMIR
“Eh, peliknya. Adakah dia..”
SAMAD
“Dia apa? Hantu? Kau jangan macam-macam.”
KRING!!! Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.
AMIR
“Entahlah..aku tak dapat nak fikir. Okaylah bro, aku gerak dulu. Bye.”
SAMAD
“Hmm, bye.”
Mereka pun berlalu pergi ke kelas masing-masing.
Share this novel