-Jam 9.30 pagi
(Di dalam kelas 5 Dahlia)
HARIS
"Weh, kau dah siap ke homework cikgu Laili bagi?"
SAMAD
"Ya Allah, belum weh...aku terlupa nak siapkan. Hari ini ke kena hantar? Habislah aku..."
HARIS
"Chill bro...esok baru kena hantar. Hehehehe masih sempat lagi bro."
SAMAD
"Nasib baik...buat terkejut aku je kau ni."
HARIS
"Ala, aku pun tak siap lagi sebenarnya. Eh, nampaknya cikgu bm dah sampai. Ciao."
SAMAD
"Erm, hampeh. Gaya cakap macam dah siap."
Beberapa jam kemudian, loceng sekolah sudah berbunyi menandakan tibanya waktu rehat. Samad mencari tempat duduk terlebih dahulu kerana tempat duduk di kantin selalu penuh.
AMIR
"Weh Samad, itu pun kau!"
SAMAD
"Oi, kau dah beli makanan ke? Kalau dah jaga tempat jap...aku nak pergi beli makanan."
AMIR
"Okay. "
INTAN SARAFINA
"Hei Amir, seorang je ke? Mana Samad?"
AMIR
"Samad pergi beli makanan. Amboi bukan kemain lagi cari Samad. Ada crush dengan dia eh..."
INTAN SARAFINA
"Ish Amir ni...mana adalah. Saja tanya."
SAMAD
"Eh, Intan? First time nampak awak dekat kantin hehehehe."
INTAN SARAFINA
"Hai Samad. Nampak Amir tadi, itu yang singgah kejap tempat kamu berdua. Samad dan Amir macam mana? Okey ke? Ada sakit badan ke? Semalam punyalah belasah orang jahat tu."
SAMAD
"Saya okey je, adalah sakit sendi sikit. Dah lama tak fight."
AMIR
"Badan aku kuat. Kau Intan aku tengok bukan kemain kau lawan dengan si Badrul tu? Bukan beshe beshe..."
INTAN SARAFINA
"Hahahahah, saya adalah belajar sikit sikit tae kwan do sebelum ni."
SAMAD
"Baguslah tu. Ada belajar cara nak pertahankan diri. Awak okey ke Intan? Pasal Aisyah...?"
INTAN SARAFINA
"Sedihlah bila dapat tahu kawan baik sendiri dah tak ada tapi...saya dah boleh menerimanya. Saya tak sangka kehidupan Aisyah amat sedih. Kalau saya tahu..."
AMIR
"Bukan salah kau pun...lagipun semua ni dah takdir. Aisyah pasti nak kau happy."
INTAN SARAFINA
"Itulah...okaylah saya pergi kelas dulu. Bye..."
SAMAD dan AMIR
"Bye Intan."
-Jam 10 malam
(Di dalam bilik Samad)
SAMAD
"Okey, mana pulak homework cikgu Laili ni..aku letak mana eh?"
Samad mencari di seluruh rak buku. Tiba-tiba, tangannya tersentuh buku yang agak familiar baginya.
SAMAD
"Ni buku nota Aisyah..."
Samad...Samad...
SAMAD
"Siapa tu?"
Aisyah menonjolkan dirinya di depan Samad.
SAMAD
"Awak ni... Aisyah ke?"
AISYAH
"Ya... Saya Aisyah..."
SAMAD
"Apa yang aku nampak ni...ke hantu?"
AISYAH
"Eh, saya bukan hantu. Saya datang ni cuma nak sampaikan terima kasih kerana menolong saya. "
SAMAD
"Bukan hantu?"
AISYAH
"Saya tahu awak mesti terkejut...maaf. Disebabkan awak semua dah jumpa mayat saya...saya dah boleh disemadi dengan betul. Saya dah boleh pergi dengan tenang."
SAMAD
"Jadi awaklah yang selalu kacau saya tu kan?"
AISYAH
"Ya, saya. Saya cuma nak minta tolong awak. Mayat saya di tanam dengan keadaan tak terurus. Saya tak tahu nak minta tolong siapa."
SAMAD
"Saya bersimpati apa yang terjadi dekat awak...dan Intan jugak merindui awak."
AISYAH
"Intan...dialah satu-satunya kawan yang saya sayang. Tolong sampaikan salam saya dekat dia eh. Bagi tahu dia jangan bersedih...Apa yang terjadi dekat saya semuanya dah takdir. Jadi, saya pergi dulu. Masa saya dah suntuk. Selamat tinggal..."
Selamat tinggal Samad...Aisyah melambai tangannya sambil menghulurkan senyuman ke arah Samad. Dan ketika itu, Aisyah terus hilang dari pandangan Samad.
Samad tersedar dari tidurnya. Dia merenung jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 malam.
SAMAD
"Laaa mimpi rupanya...? Rasa macam real. Rasanya macam aku jumpa arwah Aisyah tadi. Apa-apalah...homework aku tak siap lagi."
Samad mencari-cari homework cikgu Laili di rak bukunya.
SAMAD
"Hah, nasib baik jumpa.
Ketika Samad cuba menarik homework cikgu Laili dari rak tersebut...buku nota biru terjatuh sekali di atas lantai.
SAMAD
Buku nota Aisyah ni...esoklah aku bagi dekat Intan.
Share this novel