Keesokan harinya, Samad dan Intan Sarafina berjumpa di tempat mereka ingin bertemu. Samad juga membawa kawannya, Amir untuk bersama-sama mencari Aisyah.
SAMAD
"Intan, tak apa ke kalau saya bawa kawan saya sekali? Lagipun Amir ni tahu je pasal Aisyah tu."
INTAN SARAFINA
"Eh, tak apa. Saya okey je. Lagi ramai lagi bagus. Lagi satu, saya dah call grab ambil kita dekat sini."
SAMAD dan AMIR
"Okay Intan."
Semasa mereka dalam perjalanan ke Shah Alam, Samad mula menanya latar belakang Aisyah kepada Intan.
SAMAD
"Intan, awak tahu ke pasal keluarga Aisyah? Mak ayah dia kerja apa?"
INTAN SARAFINA
"Pasal tu saya kurang tahu sangat sebab Aisyah jarang bercerita tentang keluarganya. Setiap kali saya tanya pasal keluarga dia, mesti dia mengelak."
AMIR
"Tak akan dia tak ada bagitahu langsung pasal keluarga dia? "
INTAN SARAFINA
"Seingat saya memang tak ada. Bila saya tanya je pasal keluarga dia, muka dia terus berubah."
SAMAD
"So kita nak cari dia macam mana? Rumah dia pun kita tak tahu dekat mana."
INTAN SARAFINA
"Oh, jangan risau. Saya ada cuba tanya cikgu yang in charge masa Aisyah pindah sekolah. Nasib baik dapat alamat dia."
AMIR
"Oh, baguslah macam tu. Senang sikit."
------------------------------------------
Beberapa minit kemudian, mereka tiba ke destinasi yang ingin dituju.
SAMAD
"Ini ke rumah dia? Besarnya..."
INTAN SARAFINA
"Kalau diikutkan alamat, inilah rumahnya. Jom korang."
Intan menekan loceng rumah sambil sekeliling rumah.
Ting tong!!!
SAMAD
"Assalamualaikum, assalamualaikum..."
AMIR
"Macam tak ada orang je ni?"
INTAN SARAFINA
"Itulah, rumah nampak gelap je tu."
SAMAD
"Assalamualaikum!"
Lalu, seorang perempuan keluar dari pintu rumah dan sedang kearah mereka.
AMIR
"Ada orang keluar..."
SALMA
"Waalaikumusalam...kamu bertiga ni siapa ya? "
INTAN SARAFINA
"Kak, kami datang ni nak jumpa dengan Aisyah."
SALMA
"Kamu bertiga ni kawan Aisyah ya? Ada apa ya nak jumpa dia?"
SAMAD
"Saya nak pulangkan buku nota dia. Boleh saya jumpa dengan dia ? Ada benda saya nak bagitau dia."
SALMA
"Oh...kalau macam tu masuklah dalam. Nanti kak Salma panggilkan dia."
Mereka bertiga terus masuk ke dalam rumah Aisyah dan sambil itu, Intan memandang sekeliling rumah.
SALMA
"Kamu bertiga duduk dulu dekat sini. Kak Salma panggilkan dia kejap."
Selepas Salma pergi, Intan membisik kepada Samad.
INTAN SARAFINA
"Samad, awak perasan tak tudung yang kakak tu pakai? "
SAMAD
"Tudung? Ohh, baru teringat...tu corak yang Intan nampak hari tu kan?"
INTAN SARAFINA
"Ya...lagi satu, saya rasa tak sedap hatilah..."
AMIR
"Aku pun rasa macam tu..."
Beberapa minit kemudian...
SALMA
"Maaf menunggu. Kejap lagi Aisyah turun. Kak Salma buat air kejap dekat dapur."
------------------------------------------------------------------------------
5 minit kemudian.
SALMA
"Minumlah dulu. Kak Salma ke dapur dulu."
AMIR
"Wah, air ribena. Dah lama gila aku tak minum air ni."
SAMAD
"Hahahaha,kau minumlah sebanyak mana kau nak. Mana pulak Aisyah ni tak turun-turun lagi ni."
INTAN SARAFINA
"Jap saya try pergi bilik dia."
SAMAD
"Awak ni gila ke? Kan kak Salma nampak tu habis kita..."
INTAN SARAFINA
"Kalau kak Salma tu datang..pandai-pandailah awak cover kan untuk saya. Please Samad..."
SAMAD
"Okay, cepat sikit."
----------------------------------------
INTAN SARAFINA
"Aisyah? Aisyah? Awak kat mana? Banyaknya bilik dekat atas ni..."
Intan...tolong saya...
INTAN SARAFINA
"Aisyah?"
Bunyi tapak kaki sedang menghampirinya...dan tiba-tiba, PANG!
------------------------------------------------------------------------------
Share this novel