Bab 5

Mystery & Detective Completed 1488

-Jam 9.30 pagi, isnin
(Di kelas 5 Dahlia)

CIKGU LAILI
"Samad, cikgu nak kamu bacakan perenggan pertama di muka surat 45."

Tiada tindak balas dijawab oleh Samad.

CIKGU LAILI
"Samad? Samad?! Apa yang kamu mengelamun tu?"

SAMAD
"Hah? Maafkan saya cikgu."

CIKGU LAILI
"Cikgu nak kamu bacakan perenggan pertama di muka surat 45. Lagi satu, tolong beri perhatian di dalam kelas."

SAMAD
"Baik cikgu!"

10 minit kemudian...

HARIS
"Weh Samad...apasal kau asyik mengelamun je hari ni dalam kelas? Ada masalah ke?"

SAMAD
"Oh, tak adalah. Aku memang suka mengelamun."

HARIS
"Engkau ni...kan tak pasal-pasal cikgu Laili mengamuk dalam kelas. Dia dah la garang macam singa."

SAMAD
"Hahahaha, yelah. Lepas ni aku fokus dalam kelas."

Hari ini, Samad asyik memikirkan siapa sebenarnya Intan yang dimaksudkan oleh suara misteri itu. Oleh kerana terlalu memikirkan perkara itu, dia tidak dapat fokus dalam kelas Sejarah yang diajar oleh Cikgu Laili.

Beberapa jam kemudian.
Kringggggg!!!

Jam sekolah sudah berbunyi menandakan sudah tamat waktu sekolah untuk hari ini.

AMIR
"Samad, aku balik dulu. Bye."

SAMAD
"Okay, bye."

Samad berjalan menuju ke perhentian bas yang terletak tidak jauh dari pagar sekolah.

SAMAD
"Eh, macam kenal je perempuan tu..."

Samad berjalan ke arah perempuan yang agak 'familiar' baginya.

SAMAD
"Hai! Intan kan?"

Intan
"Haah saya Intan..Awak ni siapa ya?"

SAMAD
"Eh, ni sayalah Samad. Saya yang datang rumah awak hari sabtu hari tu. Saya datang dengan kawan saya, Amir."

INTAN
"Ohh, rasanya yang awak jumpa hari itu kakak saya.. Intan Kaisara. Saya adik kembar dia, Intan Sarafina. Maaflah, mesti awak terkejut."

SAMAD
"Haah agak terkejut jugak. Tak tahu pulak ada kembar. Tapi hari sabtu hari itu tak nampak pulak awak ada."

INTAN SARAFINA
"Ohh, hari itu saya memang tak ada dekat rumah. Saya ada dekat rumah kawan."

SAMAD
"Oh, patutlah. Awak ada adik beradik lain ke? Maaflah tiba-tiba bertanya."

INTAN SARAFINA
"Saya dan kakak kembar saya. Kami dua adik beradik je dalam rumah."

SAMAD
"Ohh, jadi awak mesti kenal dengan buku nota ni kan?"

Samad menunjukkan buku nota biru itu kepada Intan Sarafina.

INTAN SARAFINA
"Eh, macam mana buku nota ni ada pada awak? Buku nota ni saya yang hadiahkan kepada kawan saya, Aisyah. Boleh saya tengok?"

SAMAD
"Nah, ambillah."

Intan Sarafina memegang buku itu dan memejam matanya. Tiba-tiba, ada satu bayangan yang muncul dalam fikirannya.

Intan!! Tolong saya.....

INTAN SARAFINA
"Aisyah?? "

SAMAD
"Intan? Awak okay? Muka awak macam terkejut je ni?"

INTAN SARAFINA
"Samad, Aisyah dalam bahaya! Kita kena tolong dia..."

SAMAD
"Apa?!"

Bunyi hon kereta tidak jauh dari perhentian bas datang menuju kearah mereka.

INTAN SARAFINA
Mama saya dah sampai. Esok saya akan terangkan apa yang berlaku. Kita jumpa dekat sini.

SAMAD
Okay.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience