-Jam 7.00 pagi
(Di perkarangan sekolah)
Samad yang baru tiba ke sekolah terserempak dengan Intan Sarafina.
SAMAD
"Eh, macam Intan? Intan! Intan!"
INTAN SARAFINA
"Eh, Samad..."
SAMAD
"Seorang je ke? Mana kembar awak?"
INTAN
"Hari ini dia tak dapat datang ke sekolah..dia ada hal."
SAMAD
"Ohh, macam tu. Ah! Sebelum saya terlupa... Ni, saya nak pulangkan buku nota Aisyah dekat awak."
INTAN SARAFINA
"Ohh, terima kasih."
SAMAD
"Lagi satu, semalam saya ada jumpa dengan Aisyah..."
INTAN
"Hah?! Awak jumpa Aisyah? Bukan ke..."
SAMAD
"Cerita dia macam ni...semalam saya termimpi yang saya berjumpa dengan Aisyah. Mimpi tu terasa real sangat."
INTAN SARAFINA
"Ohh, lepas tu apa jadi?"
SAMAD
"Dia kata pada saya yang dia berterima kasih sangat pada kita bertiga kerana menolong dia menjumpai mayat dia...disebabkan kita jumpa di mana badan dia ditanam...dia dapat pergi dengan tenang."
INTAN
"Lagi dia kata apa?"
SAMAD
"Dia suruh saya sampaikan salam dia dekat awak...dia suruh awak jangan bersedih lagi. Dia kata awaklah satu-satunya kawan yang dia sayang."
Apabila Intan mendengar kata-kata Samad tentang Aisyah, dia tersenyum gembira kerana merasa lega apabila Aisyah masih mengambil berat tentangnya walaupun mereka sudah berjauhan.
INTAN SARAFINA
"Samad...saya pun nak berterima kasih sebab tolong saya carikan Aisyah."
SAMAD
"Oh, sama-sama. Saya sudi menolong awak. Kalau awak ada masalah...bagi tahu saya. Saya boleh tolong."
INTAN SARAFINA
"Terima kasih Samad...hahahah terharu saya mendengarnya."
SAMAD
"Hahahaha, malu pulak saya. Jomlah kita masuk kelas."
INTAN SARAFINA
"Hahahaha...okay,jom."
-Tamat-
Share this novel