Bab 8

Mystery & Detective Completed 1488

Intan membuka matanya perlahan-lahan dan memandang sekelilingnya. Bilik yang dipenuhi dengan buku-buku lama dan agak berhabuk. Dia mendapati bukan hanya dia sahaja yang berada di bilik ini tetapi Samad dan Amir juga berada disini. Mereka berdua terbaring tidak sedarkan diri. Intan cuba melepaskan diri tetapi ikatan tali ditangan dan kakinya ketat.

INTAN SARAFINA
"Samad! Amir! Korang...bangunlah!"

SALMA
"Mereka tak akan bangun..."

INTAN SARAFINA
"Kak Salma? Akak ke buat semua ni? Kak Salma buat apa dengan dia orang?"

SALMA
"Jangan risau...akak cuma bagi mereka ubat tidur. Ubat tidur tu akak ada masukkan ke dalam air ribena tu...hehehe."

INTAN SARAFINA
"Kak Salma buat apa dengan Aisyah? Aisyah mana??"

SALMA
"Aisyah? Hahahahah, kau nak tahu Aisyah dekat mana?!"

INTAN SARAFINA
"Lepaskan dia...kenapa kak Salma buat semua ni?"

SALMA
"Sebab harta...selepas mama dan ayah Aisyah meninggal dunia akibat kemalangan. Aku diarahkan untuk menjaga Aisyah."

INTAN SARAFINA
"Aisyah anak yatim piatu?"

SALMA
"Eh, kau tak tahu ke? Hahahaha, kesian Aisyah...jadi Aisyah tak adalah bagitau yang aku dera dia?! Dengar juga eh dia cakap aku. Aku yang arahkan dia jangan bagi tahu sesiapa."

INTAN SARAFINA
"Dera?"

INTAN SARAFINA
"Ya, dera. Aku buat dia jadi hamba aku. Ini semua dendam disebabkan mak dia. Aku benci kakak aku. Oleh kerana dia, satu sen pun aku tak dapat daripada mak bapak aku. Aku dibuang keluarga."

INTAN SARAFINA
"Apa salah Aisyah...dia tak ada kena mengena dengan semua ni."

SALMA
"Lantak ah...dapat jugak aku lepaskan geram dekat Aisyah atas apa yang terjadi dekat aku."

INTAN SARAFINA
"Akak ni gila! Lepaskan kami semua!!!"

Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki kearah mereka berdua.

SALMA
"Eh, sayang dah balik. Heheheheh."

BADRUL
"Siapa mereka ni Salma?! Buat semak je kat dalam rumah aku ni!"

SALMA
"Ala...kawan-kawan si Aisyah ni. Mereka cari Aisyah."

BADRUL
"Bunuh jelah mereka semua!"

SALMA
"Baiklah sayang."

INTAN SARAFINA
"Lepaskan kami! Kamu berdua ni gila! Mana Aisyah?! Lepaskan dia..."

BADRUL
"Hei, budak ni...memekak je! Salma, simbah air dekat muka dua budak lelaki tu. Sedap-sedap je tidur rumah aku."

INTAN SARAFINA
"Mana Aisyah?! Apa korang dah buat dekat dia?"

SAMAD
"Aku kat mana ni? Eh, intan?...apa dah jadi ni?? Amir?...weh bangun.."

AMIR
"Sakitnya kepala aku...aku kat mana ni?"

INTAN SARAFINA
"Samad! Amir! "

SAMAD
"Intan! Kau tak apa-apa ke? Eh, kak Salma?!"

SALMA
"Bangun dah kamu berdua..."

AMIR
"Apa semua ni?! Lepaskan kita oranglah! Apa salah kami semua!"

BADRUL
"Bisinglah!!! Mulut kau tu boleh diam tak!!!"

SAMAD
"Aisyah mana? Apa kamu berdua dah buat kat dia?!"

BADRUL
"Salma! Kau pergi ambil pisau dekat dapur! Hari ini kita bunuh mereka semua."

Dalam pada masa yang sama, Intan cuba membuka ikatan tali...akhirnya terlerai. Intan memberi signal kepada Samad untuk mengalihkan perhatian Badrul.

SAMAD
"Hoi! Kau gila! Aku akan bongkarkan apa yang kau dah buat dekat polis."

BADRUL
"Apa kau cakap...kau ni memang nak kena!"

Badrul berjalan menuju ke Samad dapat memberi peluang kepada Intan untuk membuka ikatan tali di kakinya. Intan dengan pantas terus memberi sepakan tinggi di badan badrul.

Intan yang mempunyai ilmu taek kwan do memberikan dia keberanian menggunakan kemahiran yang dipelajari terhadap Badrul.

BADRUL
"Aduh! Tak guna punya perempuan..."

Sebelum badrul dapat mengapa-apakan Intan, Samad memberi tumbukan di pipi Badrul.

SAMAD
"Intan! Kau pergi tolong Amir!"

INTAN SARAFINA
"Okay!"

BADRUL
"Adoi! Tak guna..."

SAMAD
"Hahahaha! Padan muka. Nah, rasakan!"

Sepakan Samad melontar ke perut badrul. Namun, badrul menarik kaki kiri samad membuatkan badannya tidak stabil dan jatuh.

Amir terus menolong Samad selepas Intan telah tolong meleraikan tali ikatan di tangan Amir. Badrul mengambil kesempatan untuk lari dari tempat tersebut.

AMIR
"Samad! Kau okey tak?"

SAMAD
"Aku okey. Cepat kita kena kejar dia."

Mereka bertiga pantas berlari mengejar Badrul namun Badrul hilang sekelip mata.

INTAN SARAFINA
"Mana dia pergi?"

AMIR
"Tak apa kita cuba cari dekat bawah."

INTAN SARAFINA
"Saya cuba cari dekat luar."

SAMAD
"Aku cari dekat ruang tamu."

Ketika Intan cuba mencari diluar rumah. Tanpa disedari, dia tersadung di atas permukaan tanah yang tidak rata.

INTAN SARAFINA
"Adoi...apa ni? Ni macam..."

Apabila dia cuba bangun dan melihat tanah tersebut. Ia kelihatan seperti kubur tetapi tanpa batu nisan.

INTAN SARAFINA
"Ya Allah...tolonglah ini bukan apa yang aku rasa..."

SAMAD
"Intan! Kau okey?"

INTAN SARAFINA
"Samad..."

AMIR
"Weh korang...aku dah cari tapi tak jumpalah. Dekat dapur pun tak ada. Aku rasa Salma dan Badrul ada sorok mana-mana ni...korang? Intan?"

INTAN SARAFINA
"Samad, Amir...saya rasa..."

SALMA
"Hahahahaha, jadi korang dah jumpa Aisyah?"

AMIR
"Aisyah? Maksudnya?"

BADRUL
"Hahahahah...Itulah aisyah kalau nak tahu. Aku dah tanam dia dah buat pengetahuan korang."

SAMAD
"Celaka! Apa kau dah buat dekat Aisyah?!"

SALMA
"Akak yang bunuh dia. Hehehehehe...lepas ni harta milik dia jadi milik aku."

INTAN SARAFINA
"Aisyah...Aisyah..."

Intan yang tidak dapat menahan air matanya terus mengalir ke pipi. Aisyah, kawan sekolah yang dia amat sayang telah pergi buat selama-selamanya.

INTAN SARAFINA
"Kenapa?! Tergamak kak Salma buat macam ni dekat anak saudara sendiri?! Sanggup kak Salma buat macam ni..."

Intan menangis teresak-esak membuatkan Samad hilang sabar terhadap Salma dan Badrul. Kemarahannya membuak-buak sehingga menyebabkan Samad bertindak tanpa kawalan.

SAMAD
"Rasakan ni!"

Samad menyerang badrul secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan badrul cedera teruk di muka.

SALMA
"Sayang...sayang...hoi budak! Berhentilah!"

AMIR
"Samad! Weh, berhenti. Dahlah tu...tak pasal-pasal mati orang tu."

SALMA
"Sayang okey ke?! Sayang?"

Beberapa minit kemudian

Bunyi siren polis tiba di halaman rumah.

AMIR
"Eh, polis? Siapa yang call?"

INTAN SARAFINA
"Saya yang minta tolong kembar saya telefonkan polis. Saya bagi tahu dia kalau saya tak ada call atau mesej maksudnya kita dalam bahaya."

POLIS
"Jangan bergerak! Harun, tangkap mereka berdua! Kamu bertiga tak apa-apa?"

AMIR
"Kami okey tuan..."

Lalu, kereta honda city tiba di tempat kejadian.

INTAN
"Mama! Papa!"

Intan terus berlari dengan sekuat hati ke arah ibubapanya. Kembarnya, Intan Kaisara memeluk adik kembarnya dengan perasaan lega.

SAMAD
"Lega aku...semuanya dah berakhir."

AMIR
"Itulah...hari dah nak senja ni. Mesti parents aku risau ni."

SAMAD
"Ala detektif Amir...chill la."

AMIR
"Eleh, kau pun risau jugakkan."

INTAN SARAFINA
"Samad, Amir...mak ayah saya ajak balik rumah sekarang. Jom!"

SAMAD dan AMIR
"Okey jom!"

Selepas itu, polis mengambil alih di tempat kejadian dan menguruskan mayat yang dijumpai di halaman rumah. Pihak hospital mengesahkan Aisyah meninggal dunia akibat kecederaan teruk di tubuh badannya dan kekurangan nutrisi. Jenazah Aisyah diuruskan dan disemadikan keesokan harinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience