BAB 8

Romance Completed 3045

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Arisa kembali menjalani hidupnya seperti biasa. Namun hatinya tidak menafikan pada mulanya agak sukar untuk dia memulakan segalanya. Banyak yang difikirkan sehinggakan adakalanya dia tidak sedar apa yang dilakukan. Berkurung di dalam bilik sudah menjadi perkara biasa. Namun syukurlah ada teman yang tidak pernah jemu member semangat dan semesti keluarga tersayang yang menjadi kekuatan pada dirinya. Namun, kini ada sesuatu yang mengganggu fikirannya… Risham! Lelaki itu seolah-olah menjauhkan diri darinya. Bila dia mendekat… Risham menjauh. Bila dia menjauh Risham seolah-olah mengejar.

‘Apa masalah mamat tu?’ Arisa mengomel sendirian.

‘Aku pulak, asyik nak marah-marah bila ada perempuan lain yang menyendeng dengan Risham. Kenapa? Cemburu? Ish… Takkan kot… Nak kata hensem… Tak la hensem sangat. Tapi macho tu ada.. hahahaha…’ Arisa tersenyum. Pandangannya dihalakan ke arah luar jendela yang terbuka luas. Indah pemandangan senja menenangkan dirinya.

‘Am… kenapa kita dah tak macam dulu? Aku menyusahkan kau ke selama ni? Kenapa kau menjauhkan diri dari aku?’ Arisa sebak bila mengenangkan hubungannya dengan Risham dah seakrab dulu.

‘Semua ni mesti kerana gosip-gosip aku dengan dia. Mungkin? Diakan jenis yang tak suka digosipkan dengan mana-mana perempuan… Tapi mengadalah!’ Arisa membentak pula. Gayanya tak ubah seperti watak perempuan sewel yang bercakap-cakap sendirian di tepi jendela.

Tanpa disedarinya, ada mata yang memandang. Ada bibir yang sedang tersenyum.

“Hah..! Berangan apa ni dik oi… Dari tadi lagi lagi akak tengok kau kejap-kejap senyum, kejap-kejap macam nak nangis lah nak marah lah” Tegur Aisyah.

“Ntah la kak… Adik rasa adik sakit sekarang ni.” Arisa membuat muka seposen.

“Hah?! Biar betul kau ni dik!” Aisyah terkejut. Spontan dia berlari keluar membuatkan Arisa terkejut.

‘Ish… Nak jadi Watson Nyambek ke hape akak aku ni. Belum habis cakap lagi dah lari gaya pelari pecut.’ Arisa menggelengkan kepala lalu keluhan berat dilepaskan bila dia terpandangkan kelibat seseorang yang sangat dikenali…dan dirindui juga. Arisa curi-curi memandang ke arah wajah itu menerusi jendela biliknya.

‘Am… sampai hati… Tadi aku ajak keluar kau cakap busy, ini boleh pulak keluar ngan orang lain.’ Arisa mula sebak. Air matanya bertakung.

“Ish… Kenapa aku menangis ni? Eeeee…. Tak suka…tak suka…’ Arisa sudah mula nak melalak. Namun segala tindakannya terhenti bila dia terpandangkan dua insan yang disayangi berada di hadapannya kini.

“Oh… Kakak-kakakku…!” Arisa pantas meluru ke arah kakak-kakanya dan… Bukkk! Ketiga-tiga gadis tersbut jatuh bak nangka busuk akibat aksi Arisa yang tidak memberi ‘signal’ dahulu. Kakak-kakaknya yang tidak bersedia untuk menerima ‘pelukan maut’ Arisa membuatkan mereka tidak dapat mengimbangi diri.

“Oh no!!!! Pinggang aku macam nak patah je kena hempap ngan minah ni.”Jerit Nadia. Aisyah yang sedang mengerang kesakitan di sebelah Nadia pantas bangun dan duduk di birai katil bilik Arisa.

“He…he…he… Jangan marah…”Tutur Arisa dengan muka tersengih-sengih gaya seniman agung arwahyarham P.Ramlee.

“Aisyah…! Awak kata dia sakit… Macam tak pun…” Nadia bersuara. Matanya tajam memandang Aisyah dan Arisa.

“Eh… Betul la. Tadi adik yang cakap dia sakit.” Ujar Aisyah dengan mata membulat memandang Arisa.

“Hei… Bila pula adik sakit.” Arisa membat muka pelik.

“Tadi tu adik…” Belum sempat Aisyah habis berbicara Arisa kembali memotong percakapannya.

“Oh… sakit tu.. memang pun.. Adik sakit. Sakit sangat.”

“Hah Nad! Kan betul tu.” Potong Aisyah bila melihatkan raut wajah Nadia seolah-olah mahu menerkamnya. Tahu sangat akan perangan teman baiknya yang tidak suka bila tidurnya diganggu.

“Ni kenapa ni?” Serius suara Nadia kedengaran. Aisyah pula hanya memandang kedua-dua insan yang disayangi di hadapannya. Arisa pula terkulat-kulat sendirian. Wajahnya terus dipalingkan seraya air mata dirasakan bertakung di tubir mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience