BAB 2

Romance Completed 3045

Kisah bermula….

Arisa – Akukah yang terlambat melihat cintamu?

“Wei Am..! Jom teman aku pergi isi minyak kuda silver aku ni jap..!” Nyaring suara Arisa mengejutkan Risham. Serta merta dia menoleh ke arah gadis tersebut yang sedang tersengih-sengih sambil memengang topi keledar.

“Hish.. ko ni asal malam jer baru nak bagi makan ‘kuda silver’ ko nih” Risham sengaja menjual mahal sedangkan dia sendiri tidak kisah untuk menemani teman baiknya itu.

“Aii.. Kata engineer.Takkan tak tau yang bila isi minyak waktu malam la bagus! Apa daa…” Arisa membalas. Tangannya pantas mula menolak motosikalnya keluar dari petak parking. Enjin motosikal dihidupkan.

“Pinnn…!” Nyaring bunyi hon motosikal Arisa. Sengaja dia mahu mengenakan Risham.

“Yealah..! Hish tak reti sabar betul budak ni. Aku penyet-penyet jugak dia ni karang” Risham mula membebel.

“That’s my boy..! haha. Let’s go bebeh” Arisa memecut laju dan diekori oleh Risham di belakangnya.

**

Persahabatan Risham dan Arisa bermula ketika mereka sama-sama terlibat dan bergiat aktif dalam sebuah kelab di kampus mereka. Hari demi hari ikatan persahabatan kian kukuh. Mereka bertengkar, bergelak ketawa dan paling tidak dapat dilupakan oleh kedua-dua sahabat ini ialah apabila mereka bersama-sama menguruskan pelbagai aktiviti di kampus. Namun siapa sangka dalam gelak tawa dan saling bertingkah, rupa-rupanya muncul satu perasaan asing dalam diri Risham terhadap Arisa. Namun hatinya kuat menafikan kerana dia menghormati Arisa sebagai sahabat yang telah mempunyai pilihan hatinya. Di sebalik itu, terdetik juga rasa terkilan di hati kerana tidak berkesempatan melafazkan isi hatinya kepada Arisa. Namun segalanya dipendam sendirian. Tiada siapa yang tahu kecuali Yang Maha Esa.

Pada Arisa pula, Risham sahabat yang memahami dan sangat supportive. Walaupun Risham lebih tua dari dirinya, namun umur tidak membataskan persahabatannya dengan Risham. Jauh di sudut hati, rasa sayang kepada Risham tersemat rapi. Tetapi sengaja dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa mereka hanya kawan. Rasa sayang dan cintanya hanya untuk pujaan hati tercinta yang berada jauh di seberang Laut China Selatan yang memeisahkan mereka.

Pada Risham, dia hanya mampu meendoakan kebahagiaan Arisa sedangkan hatinya pilu apabila melihat sinar kebahagiaan yang terpancar di mata Arisa tiap kali bercerita tentang kekasih hatinya. Sedangkan di mataya pula terkandung sebuah duka yang hanya Dia yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience