BAB 12

Romance Completed 3045

Nadia terlopong tatkala melihat Arisa sedang mengemas pakaiannya ke dalam sebuah bagasi. Pantas tangannya mencuit tangan Aisyah.

“Dik, kamu nak ke mana ni?” Tanya Aisyah dengan muka hairan.

“A’ah la dik… Dengan beg segala bagai ni, nak pegi mana?” Nadia pula mnegambil giliran menyoal namun hanya pandangan kosong yang dilemparkan oleh si adik buat kakak-kakak yang disayanginya.

“Adik… Walau apa pun, kamu masih ada kami. Walau pun kita bukan adik beradik kandung, tapi hubungan kita dah terlalu rapat. Sedih kamu, sedihlah kami.” Aisyah cuba memujuk.

“Adik cuma nak balik kampung kejap aje. Lepas tu adik ok la.” Arisa tersenyum. Namun senyumannya hanyalah dibuat-buat untuk menutupi keresahan dan kesedihan hati.

“Baiklah dik, kalau iu keputusan kamu. Akak tak dapat nak halang. Cuma akak harap adik kena kuat semangat. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Ingat dik, masa depan adik jauh lagi. Jangan sia-siakan hanya kerana perasaan cinta.” Nadia pula memberi nasihat. Arisa hanya mengangguk dan memeluk erat kedua-dua insan di hadapannya. Tak terkira budi yang mereka taburkan padanya. Sayangnya pada insan-insan tersebut tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience