BAB 5

Romance Completed 3045

Risham merenung langit dari balkoni biliknya. Suram. Sepi. Sesepi hatinya. Fikirannya melayang teringatkan Arisa. Airmata Arisa. Esak tangis Arisa. Senyuma Arisa. Keletah Arisa. Segalanya tentang Arisa. Risham resah sendirian.

“Bodoh betul mamat tu mainkan perasaan Arisa. Nasib baik kau jauh kalau tak dah lama aku cepuk-cepuk ko mamat dayus!” Hatinya mendongkol geram. Seakan-akan terngiang-ngiang suara serak Arisa yang penuh dengan kekecewaan.

“Am… Aku dengan dia dah macam tak de harapan nak bersama lagi. Ni kali ke brapa aku kitorang break-up dan sambung balik relationship pun tak tahu dah. Tapi kali ni memang dia sangat lain. Hati aku kuat mengatakan yang dia dah ada orang lain Am… Sejak aku balik dari Program kelab kita kat National Park baru-baru ni dia terus berubah. Sedangkan aku tinggalkan dia baru beberapa hari. Nak contact pun susah. Alasannya handphone dia rosak. Aku dah bagi handphone aku pun susah jugak nak contact dengan dia. Ada saja alasan dia. Sibuklah, itu lah ini lah.” Suara Arisa kian mengendur dan lama kelamaan ada esakan di hujung bicaranya. Risham hanya memerhati. Dibiarkan gadis itu tenggelam dalam emosinya. Biarlah Arisa meluahkan segalanya. Arisa kembali bercerita setelah emosinya sedikit reda. Risham diam mendengar hinggalah Arisa selesai bercerita. Nafasnya ditarik sedalam mungkin, mencari kekuatan untuk diberikan kepada gadis dihadapannya ini.

“Risa… Kalau aku cakap, ko jangan marah yea.” Pelahan sahaja Risham menuturkan kata. Arisa hanya mengangguk.

“Dia hanya nak mempergunakan ko saja. Dia tak cintakan ko sepenuh hati Risa.” Tenang Risham berbicara.

“Am… Kenapa dia buat aku macam ni…” Arisa merintih hiba.

“Aku cintakan dia sepenuh hati aku Am. Malah ini cinta pertama aku. Aku tak pernah pun bercinta sebelum ni. Dialah yang pertama dan aku sentiasa berharap dialah yang akhir. Tapi…” Esakan Arisa kedengaran lagi.

“Habis sekarang ko dengan mamat tu macam mana? Korang dah break-up ke belum?” Risham segera mencantas suasana yang kian beremosi itu. Boleh banjir Kuching Waterfront ni dengan air mata Arisa.

“Sambung balik… Baru-baru ni dia beria nak break-up dengan aku sebab dia cakap aku menyusahkan dia. Macam-maca dia maki aku. Mau melalak-lalak jugak macam orang kena hysteria kau menangis. Then, dia sambung balik. So sekarang ni masih ‘in a relationship’ tapi ‘its complicated’. Ntah la…” Selamba Arisa menuturkan statusnya membuatkan Risham tersenyum.

‘Risa…Risa… nasib ko lah lambat merasa penangan cinta. Dah tua Bangka baru nak rasa apa itu cinta. Patutlah melalak-lalak menangis.’ Risham mengomel dalam hati. Dari pancaran lampu di sekitar kawasan Kuching Waterfront, dia mencuri-curi merenung seraut wajah yang sedang mengelamun sendirian. Kedua-duanya membisu.

“Am… Apa aku nak buat sekarang? Tak mustahil lepas ni dia nak break-up semula dengan aku.” Pertanyaan Arisa memecahkan suasana hening kedua-duanya.

“Ko pulak yang mintak break-up. Now it’s the time for you to move on. Tinggalkan saja dia Risa. Dia hanya membebankan ko. Kalau dia betul sayangkan ko, dia akan pujuk ko dan bukannya mencaci maki ko.” Risham bersuara tegas.

“Tapi aku sayangkan dia… Macam mana hidup aku lepas ni?” Arisa mula hendak menangis.

“Hidup ko akan berjalan seperti biasa Risa. Cupa ko perlukan masa untuk semua ini. Percayalah cakap aku. Ko akan rasa sakitnya sekejap saja. Lepaskan dia dari hidup ko RIsa. Perjalannya masih panjang. Allah sengaja mahu mempertemukan ko dengan dia. Orang yang salah supaya suatu hari nanti ko akan menghargai cinta yang akan datang. Percayalah cakap aku ni Risa. Dia hanya nak mempermainkan ko saja.” Risham cuba meyakinkan Arisa. Hatinya turut sakit bila melihat linangan air mata di pipi gadis itu.

Dummm…! Guruh yang berdentum mengejutkan Risham dari lamunannya. Sekilas dia memandang ke arah jam di dinding biliknya. ‘Dah pukul 4 pagi rupanya. Dah tidur ke belum Arisa?’ hatinya berbisik. Keluhan berat kedengaran. Risham membaringkan tubuhnya di kalti lalu matanya dipejamkan. Tapi… hanya seraut wajah yang bermain diminda… Arisa…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience