BAB 1

Romance Completed 3045

Anak itik anak katak

Saya sangat-sangat sukakan awak!

Menguap banyak kali matapun layu,

Wey I love u!

Nak pindah rumah carik kotak,

Nak taya ni, Awak sayang saya tak?

Lidah pahit tertelan peria,

Awak sayang saya?

Main muzik kena hafal Do Re Mi,

Psst… U miss me?

“Eh, okay tak pantun dua kerat ni? Boleh tak kalau aku cakap kat dia macam tu? Huwaaaa… Mesti dia koma terkejut..! Tak pun, gelak guling-guling… lepas tu.. setahun aku kena bahan… Adoh..adoh.. Kusut macam ni!” Gadis itu mengomel sendirian. Langsung tidak diendahkan kakak-kakaknya yang sedang menekup muka dengan bantal sambil ketawa terkekeh-kekeh. Nasib ada bantai.. kalau tidak, boleh pecah semua tingkap kaca dek hilaian ketawa kakak-kakaknya.

“Kak..!!! Sudah-sudah la tu ketawa… Adik nak buat macam mana ni? Ish..” Gadis itu mula membentak bila mereka semakin kuat ketawakan dirinya.

“Okay..okay.. Sorry ya dik.. akak bukan apa.. hahahahahaha…” Ketawa si kakak meletus lagi. Si adik mula menunjukkan muka bengang.

‘Ooo. main gelak-gelakkan aku yer.. jaga ko..’ Getus gadis itu di dalam hati sambil tangannya pantas menggenggam kentang goreng di hadapannya lalu disumbatkan ke mulut salah seorang kakaknya yang ternganga luas.

“Hahahahaha… Rasakan..! gelakkan adik lagi.. Hahahaha… ni kalau abang Ayie tengok akak macam ni comfirm pengsan sebab tengok bini dia tiba-tiba bertaringkan kentang goreng..! hahahaha”

“Cis..! hampeh punya adik..! Haiyaakkkk….!” Si kakak mula membuat serangan balas kepada si adik. Lalu muncul pula adegan power rangers berlawan dengan raksasa.

Anisa, si adik yang sangat becok dan peramah tidak kurang juga dengan si kakak, Aisyah dan Nadia yang berperwatakkan ‘happy-go-lucky’. Namun tiada siapa yang tahu gelora di hati Arisa.. ‘sudah jatuh cinta!’ Mungkin ia sesuatu yang normal kerana setiap insan pastinya ingin dikasihi dan mengasihi dan ingin berpasang-pasangan namun apa yang dirungsingkan oleh adik-beradik ini ialah kes si adik telah terjatuh cinta dengan teman baik sendiri! itulah yang menjadi kecoh pada adik-beradik ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience