BAB 16

Romance Completed 3045

Risham yang bersembunyi di sebalik tembok hanya mampu memandang. Semangat yang berkobar-kobar untuk bertemu Arisa sebentar tadi seakan mati begitu sahaja bila terlihatkan wajah murung gadis itu. Matanya juga membengkak. Sudah pasti dialah penybabnya!

“Risa… semoga pemergian kau memberi hikmah buat kita. Maafkan aku Risa. Aku memang cintakan kau tapi buat sementara waktu ini biarlah kita begini.” Keluh Risham. Langkahnya longlai menuju ke kereta.

Pintu kereta dibuka perlahan. Risham duduk dan membatu. Masih teringiang-ngiang suaranya yang lantang menjerkah Arisa bial gadis itu mempersoalkan tindakannya yang dingin.

“Aku lebih selesa begini daripada mendengar kawan-kawan kita yang tak habis-habis nak satukan kita! Biar kita begini sebab aku tak pernah punya perasaan pada kau Arisa..! Kita cuma kawan! Hentikan semua angan-angan kau Arisa. Kita lebih baik bersahabat daripada bercinta.” Lantang Risham bersuara. Arisa hanya membatu. Mujur hanya mereka berdua di dalam kereta Risham. Ketika itu Arisa beria-ia mahu menumpang Risham untuk ke kuliah dan kesempatan itu juga di ambil untuk bertanya tentang hubungan mereka yang kian renggang.

“Apa yang kau cakap ni Am? Anagan-angan ape? Dan yang kau ambil kisah sangat cakap kawan-kawan kita tu kenapa?” Arisa seakan tidak mahu mengalah. Dia mula melawan untuk menutup rasa malunya.

“Sudahlah. Aku malas nak bertekak dengan kau. Dan lagi satu aku harap lepas ni tak ada lagi gosip-gosip pasal kita. aku rimas!” Bentak Risham kuat. Namun apa yang dilafazkan tidak seiring dengan kata hati.

Arisa kian terluka. Bibirnya bergetar menahan tangis. Lalu dikuatkan semangat.

“Am berhenti kat sini. Aku nak turun.” Tegas suara Arisa. Namun Risham buat tak endah.

“Aku kata berhenti Am..!” Arisa bersuara lantang bila kata-katanya tidak diendahkan. Risham pantas menekan brek. Sepantas itu juga Arisa berlari keluar dari kereta sebaik sahaja kereta itu berhenti. Risham terkaku melihat Arisa yang hilang dari pandangannya.

“Maafkan aku Risa. Buat sementara waktu ini aku tak boleh terima kau. Aku faham perasaan kau Risa tapi untuk kebaikkan kita bersama biarlah kita begini sahaja. Aku tak mahu kita leka dengan bercinta sedangkan kita sama-sama dah berada di tahun akhir. Sabarlah sayangku, suatu hari nanti pasti aku akan menerangkan segalanya padamu. Risa..aku juga perlukan masa untuk semua ini.” Risham merintih sendiri. Dipandangnya langit membiru disebalik tingkap keretanya, kelihatan sebuah kapal terbang yang baru berlepas pastinya ia membawa gadis kesayangannya. Risham menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience