BAB 17

Romance Completed 3045

Arisa hanya memandang kosong ke luar tingkap kapal terbang. Awan yang memutih dan pemandangan di bawahnya dipandang sepi. Sesepi hatinya.

‘Am… Andai aku yang bersalah, maafkan aku. Pergilah airmata, kembalikan keceriaanku.’ Rintih hati Arisa.

Matanya dipejamkan. Ingin sekali dia melupakan kepedihan di hati.

***

Suasana riuh-rendah kedengaran di kediaman Encik Amiludin iaitu bapa kepada Risham. Kelihatan ramai sanak saudara sedang berkumpul bersama pada hari minggu itu. Risham pula hanya memencilkan diri pangkin bersebelahan dengan kolam ikan. Fikirannya melayang teringatkan perbualannya dengan mamanya pagi tadi.

“Am dah ready mama. Hujung tahun ni lepas Am habis study Am akan ikut Pak Long ke London. Cuma Am harap soal jodoh, biarlah Am yang tentukan sendiri.” Ujar Risham

“Mama bersyukur kerana dapat anak seperti Am yang menurut kata. Bukan Mama tak suka dengan Arisa tapi sekarang bukan masanya Am. Mama harap Am faham. Am ada tanggungjawab lain yang lebih besar ketika ini. Pak Long sangat memerlukan Am dan sebelum ni dia banyak membantu kita sekeluarga. Insyaallah andai ada jodoh Am dengan dia pasti bertemu jua.” Panjang lebar nasihat mama Risham. Kepala anak itu diusap-usap. Mengerti akan perasaan anaknya lalu dibawa anak itu ke dalam pelukannya untuk menenangkan jiwa Risham yang sedih kerana terpisah dengan Arisa.

“Sudahlah nak. Mama doakan yang terbaik buat Am. Lagipun Am ini keputusan Am dan Am kena kuat untuk menghadapinya.” Ujar mamanya lagi.

“Terima kasih mama. Bukan Am tak sayangkan dia, tapi Am lama kat sana mama. Am tahu dia ada cita-cita dan tanggungjawab untuk keluarga. Am tak nak bagi harapan pada dia sebab Am takut Am tak dapat berikan yang terbaik untuk dia sekarang.” Risham meluahkan segalanya kepada mamanya. Hanya mama yang mengerti perasaannya. Terpaksa berpisah dengan orang yang dicintai memang memeritkan lebih-lebih lagi cinta dalam hatinya hanya dipendam tanpa diketahui oleh si gadis.

“Sabarlah nak. Mama doakan yang terbaik buat Am. Mama masuk dulu” Ujar mamanya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Risham yang melayan perasaan di taman halaman rumah.

Dummm! Bunyi dentuman guruh mengejutkan Risham dari lamunannya. Dipandang langit malam yang kelam, seakan memahami hatinya juga turut kelam berdukacita.

‘Arisa… Aku doakan kau bahagia.. Andai ada jodoh antara kita, takkan ku lepaskan kau begitu saja..!

Risham tersenyum kecil. Dibaringkan tubuhnya di atas pangkin kayu lalu matanya tidak berkedip merenung langit yang kelam itu. Fikirannya terus melayang…..sambil menghayati lagu mengenangmu yang dipasang dari telefon bimbitnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience