BAB 7

Romance Completed 4269

November 2006

Alhamdulillah dalam masa dua tahun ni aku berjaya merantau ke beberapa buah negara selepas mendaftarkan diri ke Berita Harian sebagai seorang wartawan. Aku ada ijazah sarjana muda dalam jurusan kewartawanan di UiTM dulu. Kini aku menjadi salah seorang kolumnis dalam segmen Jalan-jalan di Berita Harian.

Bukan main gembira lagi aku sebab setiap minggu segmen jalan-jalan akan memaparkan gambar aku merantau ke negara-negara luar seperti Perancis, Itali, Turki, Arab Saudi, Cambodia, Canada, Australia dan Jepun serta China. Kalau ada masa aku akan memuatnaik gambar-gambar aku di sana di dalam blog peribadi aku. Hihihi! Ada juga aku memberi tips melancong ke luar negara di dalam blog aku itu.

Aku pun dah tak sebumbung lagi dengan Syera dan Aina. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri bersama suami masing-masing. Syera dah dapat kembar tiga. Memang hingar-bingar habislah rumah dia tu.. Kadangkala sampai tak cukup tangan nak jaga kesemua anaknya yang jantina lelaki belaka.

Aina pun sama dah dapat anak perempuan seorang dan sekarang ni dia sedang berbadan dua. Boleh dikatakan keluarga bahagia masing-masing. Mereka merancang untuk tunai umrah sama-sama dan melancong ke Switzerland hujung tahun ini. Seronoknya!!

Lagi seronok kehidupan aku. Tak perlu fikir pasal anak-anak. Hidup bebas. Aku boleh buat apa saja yang aku suka. Yey!!

Esok aku akan ke Beijing, China pada jam 11 pagi. Kalau boleh aku tak nak balik Malaysia lagi. Aku nak duduk kat luar negara je. Tapi disebabkan aku selesa dengan jawatan yang aku pegang sekarang. Lebih baik aku tinggal je kat Malaysia ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience