BAB 10

Romance Completed 4269

Aina bukan main lagi menyakat aku masa hari perkahwinan aku dengan suami aku pada 20 Januari 2007.

"Oh, dulu bukan main bersumpah lagi kau tak nak jumpa dia. Sekali dah jadi suami pun. Akhirnya kau dimakan oleh sumpah kau sendiri."

"Eh.. bukan dia ok..." aku tertawa.

Qeela pun tumpang sekaki menyakat aku.

"Huish! Kahwin jugak kau akhirnya, kan Aku ingat jadi andalusia kau sampai ke mati. Hahaha!"

"Hahaha..biadapnya kau ni!"

"Lepas ni bolehlah kita tiga sekeluarga melancong sama-sama, kan" sampuk Asyraf, suami Qeela.

Anak-anak mereka dah besar belaka. Sekejap je masa berlalu. Comel-comel belaka.

Tapi yang paling aku tak sangka tu aku dapat khabar berita bahawa Arash Dhanny dah meninggal dunia 5 tahun lepas akibat kemalangan jalan raya. Sedih jugaklah. Hanya Al Fatihah yang mampu disampaikan sebagai pengubat rindu.

Baru aku tahu Fahim Danish itu ialah kembar Arash dan dia sengaja menyakat aku ketika pertemuan di KLIA tempoh hari yang mengatakan kononnya dia itu Arash Dhanny manakala Fahim Danish Mukhriz tu ayah dia. Aku punyalah mati-mati percaya bahawa dia Arash Dhanny. Katanya, dia ingin mengenali hati budi aku dari jauh dengan menghantar beberapa orang pengintip seperti Jehan sepanjang aku berada di atas muka bumi ini termasuklah ketika aku menjelajah ke seluruh negara tanpa aku mengetahuinya. Selepas kira-kira dua tahun barulah dia mengambil keputusan untuk menelefon aku iaitu sewaktu di KLIA.

Aku menerimanya sebagai suami aku sebab dia tu abang Jehan dan memang dia seorang lelaki yang baik. Hati aku pun memang selesa dengan dia dan hati juga kuat mengatakan bahawa dialah jodoh aku. Hehehe!

Begitulah ceritanya... akhirnya, impian aku untuk berkahwin dengan seorang lelaki misteri dan tidak aku kenali dah pun menjadi kenyataan. Aku harap anak-anak aku nanti semuanya perempuan supaya senang aku nak ajar mereka cara nak cari calon suami hahaha!

Beberapa keping foto bersama keluarga Syera dan Aina yang kami tangkap sewaktu melancong di Russia telah aku abadikan dalam bingkai kaca dan aku gantungkan pada dinding rumah aku. Pelbagai gaya dan ragam kini menjadi memori di hati ini yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Kami bercadang untuk melancong bersama-sama pada 20 Januari setiap tahun. Lagi satu, surat yang aku poskan kepada Fahim dulu turut aku simpan dan takkan aku buang kerana itu satu-satunya kenangan pertama misi gila aku. Kotak muzik pula telah dijadikan perhiasan di ruang tamu rumah kami dan sesekali kami memainkannya. Semoga persahabatan aku, Qeela dan Aina berkekalan hingga ke akhirnya.

Aku dan Fahim terus menghayati keindahan pantai pada petang itu sambil ditemani beberapa ekor camar yang sedang terbang di angkasa. Sang bayu menerpa lembut ke kulit dan menenangkan hati ini. Aku tersenyum sendiri. Aku bersyukur atas kebahagiaan yang dikurniakan oleh Allah ini. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience