BAB 2

Romance Completed 4269

30 September 2003

"Hey, stalker!" Qeela, rakan serumah aku tu suka benar menyakat aku. Bilik aku ni memang sudah menjadi tempat melepak dia apabila dilanda kebosanan.

Aku yang sedang khusyuk meninjau laman penyanyi kegemaran aku segera log keluar kerana malas diganggu Qeela. Nanti banyak pula soalan daripadanya. Kalau tak kena dengan jiwa, ada sajalah nak membebel.

"Sarah, aku dengan Aina tak lama lagi nak kahwin dah. Kau tu bila lagi Duk menghadap laptop ni 24 jam bukan jumpa jodoh kau pun." Syera mula bersuara setelah melabuhkan punggungnya di birai katilku.

"Hmm.. alah nanti jodoh aku sampailah tu. Jodoh ajal maut semua kan kat tangan Allah. Bukannya aku yang kena cari." Itulah jawapan aku setiap kali diajukan soalan yang sama. Bosan! Getus hati kecilku.

"Bukannya kau tu tak sampai jodoh, Sarah... Ada yang nak kat kau tapi kau tu je yang jual mahal. Tu Adri anak Pak Husin Ngok Ngek pekan sebelah, dia masuk meminang kau tolak. Iqbal, lelaki yang satu tempat kerja dengan kau and dah melamar pun, kan. Kau tolak jugak!" Mulalah Si Qeela ni membebel.

"Qeela sayang.. Adri tu dah ada isteri tau tak Dah beranak pinak pun. Takkan aku nak bermadu pulak jadi isteri nombor dua pulak tu. Kau gila ke Kalau kau jadi aku pun kau tak nak, kan"

"Iqbal"

"Iqbal tu bukan taste akulah.. Dia handsome tapi.. hmm aku memang tak berkenan langsung dengan dia."

"Ok.. kalau macam tu, kau bagitahu aku ciri-ciri lelaki macammana yang jadi idaman kau"

"Susahlah nak cerita tapi yang pasti dia misteriussss bak kata orang indonesia.. Hahahaha!" Terburai tawa aku bernada sebegitu.

"Oh.. kalau kau nak yang misteri, apa kata kau cek nama penerima barang pos laju yang nama dia ala-ala eksotik gitu. Kau, kan kerja dekat pos laju lagi senang nak cari lelaki misteri. Nanti lepas dah tengok nama yang sedap-sedap, kau tengok pula alamat dia pastu kau trylah pos barang ke pos surat ke Mana tahu tu jodoh kau hahahaha! Ni cadangan akulah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience