BAB 3

Romance Completed 4269

Aku cuba menghadam satu-satu perkataan yang keluar dari mulut Qeela. Hmm.. aku terdiam sejenak. Ada benar juga kata-katanya itu. Menarik. Hatiku tersenyum riang. Pelbagai rancangan sudah diatur. "Hmm.. geliga juga kepala otak kau ni. Tapi kenapa perlu cari nama yang eksotik"

"Hihi.. tu pilihanlah sebab bagi aku orang yang nama eksotik ni ciri-ciri dia pun eksotik gak."

1 Oktober 2003

Awal-awal pagi lagi aku sudah terpacak di depan bangunan pos laju. Semata-mata ingin mencari nama penerima yang sesuai untuk aku membuat misi gila aku, aku sanggup bangun awal pagi.

Satu per satu borang penerima aku belek. Setakat ni takde pulak nama yang berkenan di mata aku.

Hafiz. Hakim. Aiman. Amir. Alif. Hairul. Haish.. nama biasa-biasa je. Eh, apa kata kau jangan tengok nama dulu Sarah... kau tengok alamat dia dulu. Kalau alamat dia di kawasan orang kaya, baru kau tengok nama. Mana tahu tersangkut dekat anak orang kaya hahahaha!

Belek punya belek akhirnya aku terjumpa satu alamat yang terletak di Country Heights. Sebut saja Country Heights kawasan itu penuh dengan banglo yang memiliki pelbagai reka bentuk. Fikiranku mula membayang jikalau aku menjadi orang kaya. Materialistiknya kau.. Sarah!

Namanya juga agak stail. Fahim Danish Mukhriz. Huish! Sah anak orang kaya. Hahaha yakin sangatlah kau dengan dia. Entah-entah orang tua,Sarah. Dah beristeri dah. Haish karang tak pasal-pasal jadi penyebab kemusnahan rumah tangga orang. Naik turun mahkamah kau jadinya.. Oh no no no!Hmm.. tapi hadiah dah sediakan dah.. surat pun dah siap tinggal nak pos kepada penerima je...

Tapi aku bertekad juga untuk menghantar sekeping surat berserta sebungkus hadiah kepada alamat tadi. Tak kiralah apapun terjadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience