BAB 4

Romance Completed 4269

Waktu sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Orang sudah mula ramai keluar masuk dari bangunan pos laju ini. Aku menjaga kaunter hari ni. Sibuk jugaklah kiranya. Nasib baik ada pembantu.

"Cik, tolong hantarkan barang saya ini ya!" seorang pelanggan perempuan menghulurkan barangannya berserta surat pos laju.

"Kejap eh, puan." ramah aku bersuara.

Tiba-tiba pula aku terasa ingin buang air kecil.

"Jehan, tolong gantikan tempat aku sekejap. Hmm sambil-sambil tu tolong tuliskan nama orang ni dekat atas surat pos laju aku. Aku kena pergi ni. Urgent!" Dengan gaya gelabah aku, aku terkocoh-kocoh menuju ke tandas setelah meninggalkan pesan kepada Jehan, pembantu aku merangkap rakan sepenjawat.

5 minit kemudian...

Aku melihat meja aku sudah tiada bungkusan dan surat untuk dihantar kepada penerima misi rancangan gila aku. Aku mula panik sekejap. Jehan sedang sibuk melayan pelanggan.

"Jehan.. mana bungkusan dengan surat yang aku suruh kau tulis nama dan alamat penerima tadi"

"Aku dah poskan untuk kaulah.." jawab Jehan selamba tanpa memandang wajah aku kerana sibuk melayan pelanggan. Tangkas tangannya menyelesaikan urusan cop dan sebagainya.

"Ye ke Gosh.. terima kasih, Jehan. Mudah kerja aku! Hehehe!"

"Hmm... sama-sama. Anyway, kau tak nak salinan borang pos laju tu ke and resit dia sekali"

"Tak payahlah.. bukan boleh buat makan pun."

"Apa-apalah, Sarah.. Nah, ambil kerja kau balik. Banyak kerja lain yang aku nak buat kat belakang tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience