BAB 8

Romance Completed 4269

Di KLIA...

Sementara aku menunggu pesawat untuk berlepas, aku melepak sekejap di kedai kopi yang disediakan sambil mengemaskini entri blog terbaru. Sedang asyik menaip, aku mendapat satu panggilan. Nombor yang tak dikenali.

"Assalamualaikum.." terdengar suara garau seseorang dari corong telefon.

"Ya waalaikumussalam. Ni siapa ya"

"Saya Fahim Danish Mukhriz. Kenal tak"

"Fahim Danish Siapa ah Err.. maaflah saya tak kenallah" aku cuba mengamati nama itu tapi entah aku tak ingatlah pulak. Tapi dia macam kenal aku.. Dah tu dia ada nombor telefon aku pulak tu. Siapa dia sebenarnya

"Awak ni memang tak pernah berubah dari dulu. Cepat sangat lupa. Cuba awak ingat betul-betul. Kira-kira dua tahun lepas, awak pernah menjalankan satu misi gila. Awak ingat nama saya tak"

Misi gila Oh ya! Pap! Aku ingat dia! Dia! Budak Country Height tu. Tapi... mana dia dapat number phone aku Memang misteri lelaki ni. Di saat aku sudah lupakan segalanya, kenapa dia muncul balik

"Ya.. saya ingat! Hmm.. tapi mana awak dapat number phone saya. Kenapa sekarang baru respons Agaknya barang tu dipos ke angkasa kot and then jatuh kat rumah awak selepas dua tahun. Gila!"

"Tak! Awak tu yang gila. Pandang belakang sekejap."

"Belakang" aku menoleh. Mataku melilau mencari sosok tubuh yang dimaksudkan. Tatkala sudah jumpa, mataku terus tak berganjak. Aku terkesima. Dia Fahim Danish tu dia Hmm.. boleh tahanlah.

"Awak kenal siapa Jehan " soal lelaki yang tinggi lampai itu; masih melalui telefon kerana jarak antara kami agak jauh.

"Awak kenal Jehan " soalan dijawab soalan. Sengallah kau ni, Sarah!

"Jehan tu adik saya!"

"Apa" Ya Allah.. kecilnya dunia ni. Malunyaaa!! Kenapa dia tak pernah bagitahu aku pun Sengal Jehan. Patutlah sanggup poskan untuk aku. Rupanya ada maksud yang tersirat. Aku tahu dialah yang memberikan nombor telefon ni pada lelaki ini.

"Perasan tak Antara awak dengan Jehan, siapa yang bekerja di pos laju tu dulu"

"Saya." sepatah aku menjawab. Tapi masih tak dapat menangkap motif di sebalik soalannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience