BAB 1

Romance Completed 4269

1995

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Berpusu-pusu pelajar tingkatan 4 dan 5 keluar dari kelas masing-masing dan menuju ke kantin serta koperasi. Daripada bersesak, aku dan Aina lebih rela melepak di dalam kelas sambil berbual-bual kosong. Kadangkala ada saja gosip artis luar negara yang menjengah di pemikiran kami untuk diutarakan.

Tiba-tiba sedang seronok kami bergosip sambil bertepuk tampar sakan, datang pula pengawas yang bajet 'hot' di mata aku dan Aina. Aku dan Aina memang anti gila dengan dia ni. Poyo nak mampus! "Oh, bergosip je kerja eh" kata pengawas yang tak diundang itu. Arash Dhanny Al Ikhsan namanya. Ala-ala orang arab gitu namanya. Tapi muka takdelah orang arab mana. Muka kuning langsat.

"Perlu ke tulis dalam buku 555 tu" aku menyoalnya penuh sinis tatkala pen yang dipegangnya menari-nari di atas buku nota 555 itu.

"Perlulah. Ini dianggap sebagai satu kesalahan. Bergosip pun dapat dosa tau. Kau ni perlu dikenakan tindakan kauseling." Arash terus berlalu.

"Ek eleh.. payah ah mamat ni." Aku mula memprotes.

"Sabar, Sarah. Kau ni macam tak kenal dia je.. "

"Eeeee... aku bersumpah seumur hidup aku takkan jumpa dia lagi lepas ni dan juga orang-orang yang sama perangai sewaktu dengannya."

"Kalau jumpa jugak"tiba-tiba, tersembul wajah Si Arash poyo ni di tingkap sebelah tempat duduk aku. Mahu tak terkejut. Nasib baik takde sakit jantung. Kus semangat!

"Takde maknanyalah aku nak jumpa kau! Aku nak ke luar negara kau tahu Aku nak lupakan semuanya, poyoooo!!"

Itulah kata-kata terakhir bersama lelaki paling poyo yang pernah aku jumpa. Aku berharap impian aku menjadi kenyataan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience